15 Feb 2010

Apthamitra

Kejayaan filem Malayalam Manichitratazhu (1993) arahan Fazil itu membuatkan P. Vasu memutuskan untuk mengarah filem Kannada dengan judul Apthamitra pada 2004; iaitu sekitar sedekad kemudian.
.

Pelakon utama filem Kannada ini terdiri daripada Vishnuvardhan (sebagai Dr Vijay, pakar psikiatri), Ramesh Aravind (Ramesh, si suami) dan Soundarya (Gangga). Wajar dinyatakan bahawa Apthamitra adalah filem terakhir lakonan Soundarya.

.

P. Vasu mengubahsuai cerita asal filem Manichitratazhu dengan memberi keutamaan kepada watak Dr Vijay lakonan Vishnuvardhan. Watak Ramesh bukan lagi watak penting. Malah, nama penulis asal, Madhu Muttam, langsung tidak disebut dalam filem ini.

.

Muzik digubah oleh Gurukiran. Lagu yang paling menarik dalam filem ini tentulah “Raa Raa”.

.

Apabila lagu “Raa Raa” dimasukkan dalam filem Tamil Chandramukhi (2005), kredit tidak diberi kepada Gurukiran. Sebaliknya, hanya nama Vidyasagar disebut sebagai penggubah muzik.

.

P. Vasu yang mengarah Chandramukhi ternyata tidak menggunakan cerita asal filem Manichitratazhu (1993). Sekali lagi, nama Madhu Muttam langsung tidak disebut. Tentu sahaja versi filem Apthamitra (2004) digunakan dengan memberi lebih banyak keutamaan kepada watak lakonan Rajinikanth!

.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!