15 Feb 2010

Chandramukhi

Tidak hairanlah, Chandramukhi (2005) bermula dengan Dr Saravanan (Rajinikanth), seorang pakar psikiatri dari Amerika Syarikat datang bercuti di Tamil Nadu, India. Dr Saravanan bertemu rakan karibnya, Senthilnathan (Prabhu), seorang kontraktor jalan, dan isterinya, Gangga (Jyothika) yang mahu berpindah ke sebuah istana yang merupakan harta pusaka keluarga.
.

Selepas muncul (baca: “melepak”) sejak awal filem, watak Dr Saravanan pulang ke Amerika Syarikat pada bahagian pertengahan. Dia muncul semula tidak lama kemudian supaya ada kesinambungan jalan cerita seperti dalam Manichitratazhu (1993); di mana watak doktor @ pakar psikiatri itu sebenarnya perlu mula-mula sekali muncul!

.

Dr Saravanan mendapat tahu bahawa Raja Vettayan pernah tinggal di istana itu pada zaman dahulu. Raja Vettayan bukanlah tua seperti dalam filem Manichitratazhu. Sebaliknya, dia gagah perkasa dan telah menculik Chandramukhi, penari Kathak (tarian tradisional masyarakat Telegu) dari Andra Pradesh.

.

Chandramukhi terus bercinta dengan Gunasekaran (Vineeth). Natijahnya, pemuda itu dipancung oleh Raja Vettayan sambil melafazkan, “Laka laka laka”.

.

Roh Chandramukhi yang merasuk Gangga (Jyothika) tidak berminat untuk membunuh suaminya, Senthilnathan (Prabhu). Sebaliknya, Dr Saravanan (Rajinikanth) pula yang dilihat oleh Chandramukhi sebagai Raja Vettayan.

.

Di akhir cerita, Chandramukhi menyimbah minyak ke tubuh Raja Vettayan (Dr Saravanan @ Rajinikanth) untuk membakarnya hidup-hidup sebagai membalas dendam. Bagaimanapun, dengan sedikit tipu-muslihat, apa yang berjaya dibakar sebenarnya patung.

.

Wajar dinyatakan bahawa watak Gangga pada mulanya ditawarkan kepada Simran tetapi dia terpaksa menarik diri kerana mengandung.

.

Bagi versi Hindi berjudul Bhool Bhulaiyaa (2007), Aishwarya Rai ditawarkan watak utama tetapi dia menolaknya mentah-mentah kerana tidak setuju dengan “komedi bodoh” yang dimasukkan dalam skrip tulisan Neeraj Vora dan Manisha Korde.

.

Watak wanita dalam versi Malayalam, Kannada, Tamil dan Telegu bernama Gangga. Manakala dalam versi Hindi pula bernama Avni dan dilakonkan oleh Vidya Balan yang terpaksa mempelajari tarian Kathak untuk membawakan watak roh Manjulika.

.

Vineeth yang memegang watak kekasih Chandramukhi dalam versi Tamil kembali memegang watak sama dalam versi Hindi.

.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!