25 Mar 2010

Baca Cerpen Rudra Avatara II

Nama Aktiviti
Baca Cerpen Rudra Avatara (II)
.

Sempena

Pesta Buku Negeri Selangor 2009
.

Penganjur Bersama

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Kumpulan One Nusantara
Citra Kurnia Enterprise
Ridz Marketing
Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
.

Pengenalan

Program Baca Cerpen Kavyan anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan Kavyan pada 29 Ogos - 2 September 2003 berjaya mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records berikutan pembacaan 384 cerpen secara berterusan oleh 166 peserta selama 96 jam 32 minit. Baca Cerpen Kavyan menjadi asas bagi memulakan tradisi membaca cerpen dan novel di khalayak anjuran Kavyan dengan kerjasama pelbagai pihak. Kavyan sering bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan acara membaca cerpen di pentas. Masyarakat juga semakin berminat untuk mendengar serta mengambil bahagian dalam acara seumpama ini. Maka tradisi ini wajar diteruskan dan diperhebatkan; khususnya dengan mengangkat karya Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan sendiri. Acara ini juga sebagai kesinambungan pada Baca Cerpen Rudra Avatara anjuran Kavyan dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 6 Disember 2008 di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
.

Objektif

1 Memberi penghormatan kepada golongan penulis karya sastera
2 Memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca cerpen
3 Meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan; memasyarakatkan sastera
4 Membuka peluang kepada peminat sastera membaca naskhah cerpen Uthaya Sankar SB
5 Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
.

Tarikh

1 Ogos 2009 (Sabtu)
.

Masa

9:30 pagi – 12:30 tengah hari
.

Tempat

Pentas Utama, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor
.

Jumlah Pembaca

Sekitar lima belas (15) individu pelbagai kaum yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen dengan gaya persembahan yang mantap dan sesuai untuk persembahan di khalayak. Peserta yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diingatkan supaya TIDAK mengambil bahagian.
.

Pendaftaran dan Pemilihan Peserta

Bagi tujuan Baca Cerpen Rudra Avatara II, orang ramai yang berminat digalakkan mendaftar lebih awal kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 15 orang sahaja. Individu berumur bawah 18 tahun TIDAK dibenarkan mengambil bahagian. Pendaftaran peserta diuruskan sepenuhnya oleh pihak Kavyan. Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my untuk tujuan pendaftaran awal. Meja pendaftaran juga dibuka pukul 9:00 pagi di tempat acara pada 1 Ogos 2009.
.

Tarikh Tutup

Penyertaan akan ditutup sebaik sahaja jumlah peserta mencapai angka 15 orang; menggunakan konsep yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.
.

Penonton

Orang ramai – khususnya peminat sastera, siswa-siswi, pelajar, guru, penulis, wartawan, ahli & mentor Kelab Membaca Sinar Pintar, kakitangan PNM & PPAS serta ahli Kavyan – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Rudra Avatara II sebagai penonton. Malah, digalakkan turut mengambil bahagian sebagai peserta.
.

Bahasa

Naskhah cerpen yang dibaca adalah karya Bahasa Malaysia. Acara turut dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Peserta yang tidak tahu bercakap Bahasa Malaysia diingatkan supaya TIDAK mengambil bahagian.
.

Penyelarasan

Program pembacaan cerpen diselaraskan dan dikendalikan oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini.
.

Jumlah Cerpen

Cerpen yang terkandung dalam kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008) dijadikan teks bacaan. Setiap peserta hanya perlu membaca petikan beberapa halaman daripada cerpen pilihan sendiri. Peserta TIDAK perlu menghafaz petikan cerpen kerana wajib memegang dan membaca berpandukan buku/teks semasa membaca di pentas. Petikan yang sudah dipilih oleh seorang peserta tidak boleh dipilih oleh peserta lain yang mendaftar kemudian.
.

Cenderamata Peserta

Cenderamata akan disediakan bagi 10 peserta terbaik yang mengambil bahagian. Peserta yang pulang awal tidak diberi cenderamata.
.

Promosi

Promosi dan publisiti bagi acara ini dilakukan oleh Kavyan melalui media cetak (akhbar, majalah), media elektronik (televisyen, radio) dan internet (risalah online, surat berita dalam talian, e-group). PPAS dan PNM turut membantu membuat promosi dan publisiti untuk menarik penyertaan orang ramai; khususnya pengunjung perpustakaan.
.

Foto Aktiviti

Foto-foto yang dirakam semasa aktiviti ini boleh dilihat di Facebook beberapa hari selepas acara. Sila ambil perhatian bahawa hanya individu yang mendaftar sebagai ahli Facebook (percuma) dan menambah uthayasb@yahoo.com.my sebagai “rakan” boleh mengakses ke “album foto” yang disediakan.
.

Maklumat Lanjut & Aktiviti Lain

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai aktiviti baca cerpen, orang ramai boleh menghubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau telefon 016-3288142 (Uthaya). Sesi latihan membaca cerpen boleh diatur atas permintaan peserta.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!