Sesekali duduk di tepi jalan
Melihat anak-anak muda berpeleseran
Membuatkan si tua menyesal
Masa remaja yang disia-siakan
.
Sambil duduk di atas tembok
Selain mengganggu yang lalu-lalang
Terfikir pula si anak muda
apa arahku di hari muka?
.
mungkin malam masih merindui
siang singgah sebentar
mengisi masa menumpang manja
sebelum sepi sunyi sampai
.
esok tidak menjanjikan apa-apa
buat si tua yang lambat penyesalannya
semalam adalah pengajaran
bagi si muda yang masih ada harapan
.
dan di kala senja,
melihat tepat ke wajah si muda
tersentak si tua meraba-raba kaca mata
Si anak muda di atas tembok
tak lain tak bukan adalah dirinya!
Uthaya Sankar SB
Sila KLIK DI SINI untuk maklumat mengenai sajak ini.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!