Sekolah Menengah Rendah Agama Kuala Klawang bertindak sebagai tuan rumah serta mengatur segala persiapan yang perlu bagi menjayakan program ini yang bertujuan memasyarakatkan sastera serta membuka peluang untuk interaksi dengan masyarakat luar bandar.
Acara pada hari pertama dipenuhi ceramah dan bengkel berkaitan bidang penulisan kreatif dan diskriptif yang dikendalikan Penolong Editor majalah Tunas Cipta, Ritah Yahya; Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB; dan Setiausaha Kavyan, S.G. Prabhawathy. Majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dijadikan teks rujukan.
Pada hari kedua, para peserta yang mewakili Kavyan dan KSS dibawa “masuk kampung” untuk bertemu mesra dengan para penduduk di kawasan berdekatan. Sejarah dan perkembangan ekonomi setempat turut diceritakan penduduk warga emas terbabit.
Acara lain termasuk lawatan ke bengkel kraftangan di mana para peserta diberi penjelasan dan demonstrasi membuat ukiran kayu. Turut diadakan pesembahan muzik tradisional dan bakat golongan remaja.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!