21 Mar 2010

Apresiasi Sastera di Kolej Mara Banting

Kolej Mara Banting dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan majalah Dewan Siswa menganjurkan Apresiasi Sastera Remaja di Dewan Besar kolej berkenaan pada 31 Julai 2004.
..

Sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan apabila hampir 400 pelajar pelbagai kaum hadir mendengar ceramah serta berdialog dengan para penceramah berpengalaman.

..

Prof. Rahman Shaari menyampaikan ceramah mengenai kritikan sastera; manakala Shamsuddin Othman memperkatakan mengenai penghayatan sajak. Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB pula membentangkan kertas kerja mengenai unsur-unsur sastera.

..

Pada sebelah petang, berlangsung acara Baca Novel Kolej Mara di mana para pelajar semester pertama membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan karya SN Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad secara bergilir-gilir di pentas. Masing-masing membaca dengan penuh penghayatan, intonasi dan gaya di bawah bimbingan Setiausaha Kavyan, S.G. Prabhawathy.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!