“Awak dirasuk hantukah?” tanya Meenatchi kepada Narayan yang terhuyung-hayang kerana mabuk.
“Apa yang awak merepek malam-malam buta ni? Pergi tidur. Anak kita, Vani dah tidur?” Narayan
“Awak buat apa dengan duit saya dan Vani? Pergi buncitkan perut awak dengan arak atau berlagak kaya dengan belanja kawan-kawan awak yang sama-sama tak guna?”
“Syy! Jangan mula berleter. Saya ada berita baik untuk awak dan keluarga kita,” pintas Narayan. Bau arak yang kuat memenuhi bilik mereka sebaik sahaja Narayan membuka mulut.
“Saya benci melihat muka awak. Saya malu digelar isteri awak,” sambung Meenatchi dengan sedih.
“Tapi, Meenatchi,
“Jangan
“Hei! Jangan
“Jangan fikir saya takut pada awak,” balas Meenatchi pula. “Beritahu sekarang juga. Apa awak buat dengan wang saya dan Vani yang awak curi?”
Narayan terus menampar pipi Meenatchi beberapa kali. Wanita itu terus menangis. Memang Narayan selalu memukul Meenatchi.
“Awak dengar dulu apa yang telah berlaku!” Kata Narayan. “Saya bukan curi wang dan barang kemas tu. Saya pinjam saja. Tapi untuk kebaikan keluarga kita.”
Meenatchi semakin marah. Betullah Narayan yang mencuri wang dan barang kemas. Mencuri di rumah sendiri! Mencuri daripada isteri dan anak sendiri. Mencuri untuk minum arak.
“Saya bukannya minum arak dengan wang tu. Saya bayar komisyen kepada kawan saya yang berjanji nak dapatkan sebuah van baru dengan harga murah.”
Meenatchi mengetap bibir; menahan perasaan marah dan kecewa.
“Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan dapat van baru. Bayangkan … di depan rumah kita akan ada van baru. Tentu jiran-jiran kita cemburu melihat kita.”
Meenatchi tidak berkata apa-apa.
“Kawan saya tu kata, kita kena bayar deposit untuk booking dan down payment,” sambung Narayan dengan bangga.
Meenatchi mula berfikir, siapa yang akan bayar hutang bank nanti? Narayan tidak ada kerja. Gaji Meenatchi pula sikit saja. Anak mereka, Vani, masih belajar.
“Kawan saya tu kenal ramai orang. Dia juga dah setuju untuk tolong saya dapatkan pinjaman bank. Err … saya dah janji dengan dia untuk bawa awak ke bank esok.”
Meenatchi terus diam.
“Awak tak nak tau untuk apa?” tanya Narayan lagi. “Kawan saya kata, kita boleh dapat loan yang banyak kalau kita gadai rumah ni.”
Tersiarap darah Meenatchi mendengarnya. Namun dia tetap membatu. Dia sudah bertekad untuk tidak memandang lagi wajah lelaki yang selama ini menjadi suaminya.
“Kita boleh beli van baru. Mesti seronok,
“Tapi siapa nak bayar hutang bank?” tanya Meenatchi dengan marah.
Narayan mula menampar dan memukul Meenatchi sekali lagi. Meenatchi hampir pengsan.
“Awak diam! Kawan saya kata, dia akan bagi idea tentang apa yang kita boleh buat bila sudah ada van baru,” Narayan berkata sebelum pergi ke katil.
Narayan terus tertidur kerana terlalu mabuk. Meenatchi pula terus menangis memikirkan nasib
“Untuk berapa lama lagi saya perlu lalui penderaan begini?” bisik hati kecil Meenatchi. “Bagaimana saya nak terus hidup dengan lelaki yang pemabuk dan tidak ada tanggungjawab?”
Meenatchi mula sedar bahawa perasaan cinta sahaja tidak dapat menjanjikan kebahagiaan. Apa gunanya cinta, kalau hidup bagai di neraka.
* Petikan di atas adalah daripada cerpen “Meenatchi” karya S. G. Prabhawathy yang disiarkan dalam Dewan Masyarakat (April 2002), antologi Vanakam (2002) dan majalah Nila (1 Disember 2002).
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!