Program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Pusat Tuisyen Global (P T Global) menampilkan guru berpengalaman yang akan memberikan panduan kepada peserta mengenai teknik memahami subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.
Bengkel ini diadakan berikutan sambutan hangat bagi bengkel yang diadakan pada tahun 2009 di Shah Alam. Rata-rata peserta bengkel itu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2009.
Penyertaan terhad kepada 20 peserta yang paling awal mendaftar dengan menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142, serta menjelaskan yuran selewat-lewatnya pada 16 April 2010.
Setiap e-mel yang diterima akan dijawab manakala SMS tidak dibalas.
PENTING! Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran diuruskan sepenuhnya oleh Kavyan dan pendaftaran dianggap sah apabila didaftarkan melalui alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my sahaja.
Rangka atur cara adalah seperti berikut. Masa yang ditetapkan adalah Waktu Kavyan iaitu waktu yang tepat dan bukannya lewat 30 minit!
8:30 pagi
9:00 pagi
9:15 pagi
12:00 tengah hari
Nota: Makan-minum tidak disediakan
Maklumat lanjut:
Bengkel dikendalikan oleh guru yang berpengalaman mengajar subjek Pendidikan Moral peringkat SPM.
Bengkel diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.
Peserta dikenakan bayaran tunai RM10.00 (Ringgit Sepuluh Sahaja) bagi menampung kos tempat, nota dan bimbingan profesional. (Yuran biasa adalah RM50.00 tetapi yuran khas RM10.00 bagi bengkel di P T Global sahaja.)
Penyertaan terbuka kepada 20 peserta sahaja menggunakan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” (first come, first served).
Penyertaan hanya dianggap sah apabila disertakan bayaran tunai RM10.00.
Meja pendaftaran di P T Global dibuka pada pukul 8:30 pagi pada tarikh bengkel.
Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 9:00 pagi Waktu Kavyan. Peserta yang tiba lewat tidak dibenarkan masuk.
Bayaran penyertaan tidak akan dipulangkan jika peserta gagal hadir atau lewat.
Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel dan alamat rumah ke infokavyan@yahoo.com.my dan setiap e-mel yang diterima akan dibalas dengan maklumat lanjut/terperinci mengenai bengkel ini.
Sekiranya e-mel tidak dibalas, maknanya e-mel berkenaan tidak sampai kepada pihak urus setia.
Makan-minum TIDAK disediakan.
Peserta diingatkan supaya berpakaian sopan dan sesuai dengan tempat di mana bengkel dikendalikan.
Hanya peserta berdaftar dan urus setia bengkel dibenarkan berada di dalam bilik syarahan di mana bengkel dikendalikan.
Ibu bapa atau pengiring TIDAK dibenarkan berada di dalam bilik syarahan di mana bengkel dikendalikan.
Peserta perlu membawa alat tulis dan kertas untuk menulis jawapan bagi latihan yang diberikan.
.
Peserta perlu terlibat secara aktif dan tidak bersikap seperti Remaja Pulau Cinta.
Peserta digalakkan membawa air mineral.
Pengangkutan pergi-balik tidak disediakan.
Sila ketahui kedudukan P T Global. Sebarang panggilan telefon pada pagi 18 April 2010 untuk bertanya panduan jalan TIDAK akan dilayan!
Tempat letak kereta (berbayar) terdapat di hadapan P T Global dan kawasan sekitar.
Sila datang awal untuk mengelakkan sebarang masalah.
Telefon bimbit perlu ditutup atau diletakkan dalam mod senyap sepanjang bengkel. Tindakan tegas akan diambil jika tidak patuh pada arahan ini.
Peserta wajib patuh pada peraturan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam, 17 April 2010.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!