Diskusi Karya II - 20 April 2003 (Ahad)
Diskusi Karya III - 15 November 2003 (Sabtu)
Penyelaras: V. Vijayaletchumy
Latar Belakang
Idea bagi Diskusi Karya tercetus semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan pada Januari 2003. Diskusi Karya bertujuan menghimpunkan sekelompok ahli Kavyan untuk sama-sama membincangkan manuskrip karya terbaru. Karya yang dimaksudkan boleh sahaja terdiri daripada cerpen, sajak, rencana atau bab novel terbaru yang belum tersiar. Manuskrip berkenaan akan diedarkan kepada semua yang terlibat dalam diskusi. Semasa Diskusi Karya, kesemua manuskrip terbabit akan dibincangkan – dikritik dan dikomen – dengan tujuan membantu penulis terbabit membaiki kelemahan. Selepas itu, karya yang bermutu akan
Utusan Malaysia, 16 Oktober 2003 melaporkan:
Kavyan Anjur Diskusi Karya
Penolong Setiausaha Kavyan, V. Vijayaletchumy berkata, diskusi tersebut terbuka kepada semua kaum dan karya hendaklah ditulis dalam Bahasa
Menurut beliau, penyertaan adalah percuma tetapi terhad kepada maksimum 10 orang sahaja.
Katanya, peserta juga perlu mengemukakan sekurang-kurangnya sebuah karya asli sama ada dalam bentuk sajak, cerpen atau rencana yang belum tersiar untuk tujuan Diskusi Karya.
“Karya mestilah menggunakan Bahasa
Vijayaletchumy yang juga penyelaras diskusi berkata, karya-karya berkenaan akan diedarkan kepada para peserta melalui e-mel dan mereka perlulah membaca karya berkenaan dan mencatatkan komen membina serta kritikan positif.
“Apabila para peserta bertemu di Diskusi Karya pada 15 November 2003, karya setiap peserta akan dibedah bersama-sama oleh semua peserta.
“Komen-komen membina yang diberikan pasti akan membantu penulis terbabit membaiki serta memantapkan karya yang dihasilkan,” ujarnya.
Beliau berkata, sesi diskusi karya ini dianjurkan oleh Kavyan sebagai salah satu usaha menggalakkan pertemuan dan perkongsian idea antara kelompok penulis baru dan bakal penulis.
“Uthaya Sankar SB yang merupakan antara sasterawan prolifik tanah air akan turut serta dalam Diskusi Karya.
“Tentu kelompok penulis baru dan bakal penulis boleh menimba pengalaman serta mendapatkan komen daripada beliau,” tambah Vijaya.
Katanya, selepas karya-karya dibedah dan dibicarakan, para peserta akan diberi masa untuk membaikinya dan karya yang berkualiti pula akan disalurkan ke media cetak.
“Konsep agen sastera atau literary agent belum popular di Malaysia. Kavyan pula bersedia menjadi agen sastera bagi kelompok penulis baru dan bakal penulis,” katanya.
Akhbar Berita Minggu, 19 Oktober 2003 melaporkan:
Diskusi Karya Kavyan 15 November di Shah Alam
SEMUA penulis muda dan bakal penulis warganegara
Penyelaras Diskusi Karya, V. Vijayaletchumy brkata, penyertaan percuma tetapi terhad kepada 10 orang dan penulis atau bakal penulis yang berminat perlu mengesahkan penyertaan mereka selewat-lewatnya pada 1 November 2003.
“Peserta perlu mengemukakan sekurang-kurangnya sebuah karya asli sama ada sajak, cerpen atau rencana yang belum tersiar. Karya mesti ditulis dalam Bahasa
Vijayaletchumy berkata, penyelaras diskusi akan mengedarkan karya berkenaan melalui e-mel kepada semua peserta dan peserta pula perlu membaca karya berkenaan dan mencatatkan komen membina serta kritikan positif.
“Apabila peserta bertemu di Diskusi Karya pada 15 November 2003, karya setiap peserta akan dibedah bersama-sama oleh peserta. Komen membina yang diberikan pasti akan membantu penulis terbabit membaiki dan memantapkan karya yang dihasilkan,” katanya.
Vijayaletchumy berkata, Uthaya Sankar SB yang juga sasterawan prolifik tanah air akan turut serta dalam Diskusi Karya berkenaan dan penulsi baru dan bakal penulis boleh menimba pengalaman serta mendapatkan komen daripada beliau.
“Konsep agen sastera juga belum popular di Malaysia. Kavyan bersedia menjadi agen sastera bagi kelompok penulis baru dan bakal penulis. Bezanya, Kavyan tidak mengenakan bayaran dna ini dilakukan demi memperkaya khazanah sastera negara,” katanya.
Syarat Penyertaan
Diskusi Karya akan diadakan pada hari Sabtu/Ahad ketiga setiap bulan.
Diskusi Karya hanya terbuka kepada ahli berdaftar Kavyan iaitu ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan.
Setiap sesi Diskusi Karya terhad bagi maksimum 6 peserta sahaja.
Setiap peserta perlu komited untuk menghadiri setiap sesi Diskusi Karya.
Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai Diskusi Karya.
Ahli Kavyan yang tidak dapat meluangkan masa untuk tujuan diskusi dinasihatkan supaya tidak menyertai Diskusi Karya.
Setiap peserta perlu mengirim bahan/manuskrip karya melalui e-mel kepada kesemua peserta Diskusi Karya seminggu (tujuh hari) sebelum tarikh Diskusi Karya.
Peserta yang gagal mengirim bahan seminggu sebelum sesi Diskusi Karya tidak layak menghadiri sesi Diskusi Karya.
Setiap peserta wajib mencetak, membaca, meneliti dan mencatatkan komen positif bagi setiap karya peserta.
Semasa sesi Diskusi Karya, setiap peserta perlu terlibat secara aktif.
Peserta tidak dibenarkan mendedahkan butir perbincangan sesi Diskusi Karya kepada mana-mana pihak luar yang tidak terlibat dalam Diskusi Karya. Perkara ini penting bagi memastikan bahan yang dihasilkan oleh peserta Diskusi Karya tidak menjadi mangsa perbuatan ciplak.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!