15 Apr 2010

Mer(d)eka

..

Setelah jemu menanti

mer(d)eka yang tak kunjung tiba

kami putuskan sahaja

untuk berjuang sendiri

mencari mer(d)eka

..

Kami satukan umat

kami adakan mesyuarat

kami kuatkan suara

menuntut mer(d)eka

kembalikan kuasa

..

Dato’ Onn jadi ketua

pejuang jadi penyokong

perpaduan jadi agenda

mer(d)eka jadi tulang belakang

..

Namun akhirnya

setelah sekian lama

menghirup udara mer(d)eka

kami masih tertanya

siapakah mer(d)eka?

..

Uthaya Sankar SB

Shah Alam, Selangor

Metro Ahad, 29 Ogos 2004

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!