Sunday, 26 September 2010

Penyatuan Bekas Pelajar SMDR

TAIPING - Pertemuan bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping, Perak dirancang penganjurannya pada 7 November 2010, jam 9 pagi di Taiping.
.

Setiausaha jawatankuasa penyelaras, Ghanthimathi berkata, pertemuan yang dipanggil Sarapan di Taiping diadakan sebagai usaha mempertemukan semula seramai mungkin bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan.

.

“Kami berusaha menghubungi semula bekas pelajar SMDR menggunakan media cetak dan media alternatif seperti laman rangkaian sosial Facebook bagi menjayakan pertemuan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

.

Kebanyakan bekas pelajar SMDR sejak 1970-an dipercayai kini menetap atau bekerja di Perak, Pulau Pinang, Johor dan sekitar Lembah Klang.

.

Ghanthimathi berkata, beberapa bekas guru SMDR juga akan diraikan semasa Sarapan di Taiping sebagai menghargai sumbangan mereka mendidik anak-anak bangsa.

.

Bekas pelajar SMDR diminta menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

..

(Sinar Harian, edisi Perak, 27 September 2010. Lihat keratan akhbar DI SINI.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!