28 Sept 2010

Pertemuan Bekas Pelajar SMDR

Johor Bahru – Pertemuan bagi bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping, Perak dirancang pada 7 November 2010 (Ahad), jam 9 pagi di Taiping.
.

Setiausaha jawatankuasa penyelaras, Ghanthimathi berkata, pertemuan yang dipanggil Sarapan di Taiping diadakan sebagai usaha mempertemukan semula seramai mungkin bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan untuk mengeratkan kembali silaturahim.

.

“Kami berusaha menghubungi semula bekas pelajar SMDR menggunakan media cetak dan media alternatif seperti laman rangkaian sosial Facebook bagi menjayakan pertemuan ini,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

.

Kebanyakan bekas pelajar SMDR sejak 1970-an dipercayai kini menetap atau bekerja di Perak, Pulau Pinang, Johor dan sekitar Lembah Klang.

.

Menurut Ghanthimathi, beberapa bekas guru SMDR juga akan diraikan semasa Sarapan di Taiping sebagai menghargai sumbangan ikhlas mereka mendidik anak-anak bangsa sehingga berjaya.

.

Bekas pelajar SMDR diminta menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

..

(Disiarkan dalam Sinar Harian edisi Johor, 29 September 2010. Keratan akhbar boleh dirujuk DI SINI.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!