30 Jan 2011

Novel Interlok Akan Dimurnikan

KUALA LUMPUR - Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pemurnian dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

.

“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

.

Muhyiddin berkata, panel itu akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.

.

“Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok edisi murid hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

.

“Saya percaya kita ada masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini,” katanya.

.

Disiarkan di Sinar Harian, 28 Januari 2011. Sila KLIK DI SINI untuk kenyataan penuh oleh Menteri Pelajaran. Reaksi Kavyan DI SINI manakala reaksi Perkasa dan Pena DI SINI. Mari bersama murnikan Interlok edisi murid! SILA KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!