Sunday, 30 January 2011

Jangan Ada Pihak Mendabik Dada

SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengingatkan kumpulan yang memperjuangkan isu Interlok edisi murid tidak mendabik dada dengan tindakan kerajaan membuat pindaan kepada teks berkenaan.
.

Setiausahanya, Ruslan Kassim berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan bukan mengikut kemahuan pihak terbabit tetapi sebaliknya agar keharmonian kaum di negara ini terus terpelihara.

.

“Apa yang dilakukan bukan bererti kami silap atau kalah sebaliknya atas dasar menghormati hati dan perasaan rakyat di negara ini.

.

“Oleh itu, suka saya mengingatkan mereka yang membangkitkan isu ini supaya jangan berasa begitu gembira kerana apa yang diperjuangkan mereka muslihat politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

.

Katanya, kumpulan berkenaan jangan lupa bahawa penerbitan dan Interlok edisi murid adalah sejarah dan sejarah tidak boleh dipertikaikan.

.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional (Pena), Mohammad Saleeh Rahamat berkata, pihaknya terkilan apabila terdapat pindaan pada novel Interlok edisi murid yang dianggap sensitif oleh masyarakat India walaupun ia kekal digunakan sebagai teks Komsas.

.

“Ini kerana perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kerana tiada siapa yang mengetahui bahawa tuduhan yang menyebabkan sensitif kepada masyarakat itu datang daripada pihak mana.

.

“Ia tidak timbul dari masyarakat India, MIC atau pihak-pihak lain; perkara tersebut timbul begitu sahaja, malah ketika sesi dialog yang diadakan sebelum ini membabitkan beberapa pihak, pelbagai tuntutan telah dipinta oleh mereka," katanya.

..

Disiarkan di Sinar Harian, 28 Januari 2011. Reaksi Kavyan boleh dibaca DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!