27 Aug 2011

Penjelasan Mengenai “Kurunadhar”

Berikut kandungan e-mel daripada Saravanan P Veeramuthu yang menjelaskan kedudukan sebenar:

Salam sejahtera saudara.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi dengan saya tentang maklumat berhubung hasil karya. Perbualan dengan saudara telah membantu saya untuk memperbetul tafsiran saya. Saya telah tersalah tafsir perkataan ‘nadhar’ pada nama itu sebagai indenti kasta. Saya faham bahawa ‘nadhar’ dalam nama itu tidak sama dengan perkataan ‘naadar’ yang mempunyai kaitan dengan identiti kasta. Nama “Kurunadhar” itu tidak ada apa-apa kaitan dengan kasta, sebaliknya sama dengan “guru nadhar” (guru nadhan).


Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara yang sudi memperbetul persepsi saya.


Harap maklum dan terima kasih.


Sila KLIK DI SINI untuk membaca isu yang dimaksudkan. Sila klik foto di atas untuk membaca kandungan e-mel sebenar.