17 Aug 2012

Blog Terpilih


Peluang dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memuatkan pautan (link) catatan blog mereka pada ruangan “Blog Terpilih”.

Catatan blog yang menggunakan Bahasa Malaysia (yang betul) diberi keutamaan manakala catatan menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin (yang betul) turut dibenarkan.

Uthaya Sankar SB mempunyai hak dan kuasa penuh untuk menyiarkan atau tidak menyiarkan pautan catatan blog berkenaan pada ruangan “Blog Terpilih”.

Mereka yang berminat perlu mengemukakan pautan khusus bagi catatan blog yang mahu dimuatkan (misalnya: http://uthayasb.blogspot.com/2012/08/tentang-hak-penulis.html) dan bukan sekadar mengemukakan pautan umum (misalnya: http://uthayasb.blogspot.com/).

Catatan blog yang menghina/mengutuk/memperlekeh mana-mana agama/kaum/etnik tidak akan dipertimbangkan.

Catatan blog berbentuk perniagaan (kecuali buku) tidak akan dilayan.

Pemilik catatan blog terbabit bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan catatan berkenaan. Uthaya Sankar SB tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kandungan catatan itu atas apa-apa alasan sekali pun.

Buat masa sekarang, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi paparan pada ruangan “Blog Terpilih”.

Puak anti-Kavyan dan anti-Uthaya juga dialu-alukan merebut peluang ini.

Setiap pautan catatan bagi ruangan “Blog Terpilih” akan dimuatkan di blog Uthaya Sankar SB (www.uthayasb.blogspot.com) selama sekitar tiga hari sahaja.

Ruangan “Blog Terpilih” akan dimulakan pada September 2012 sekiranya mendapat sambutan.

Mereka yang berminat diminta mengirim maklumat berikut ke alamat uthayasb@yahoo.com.my dan nyatakan “Blog Terpilih” pada ruangan tajuk/subjek.
Nama pemilik blog:
Alamat rumah pemilik blog:
Alamat e-mel pemilik blog:
Nombor telefon pemilik blog:
Pautan catatan blog:
Bahasa catatan blog:

Tidak dibenarkan mengemukakan pautan blog orang lain!

Setiap e-mel yang selamat diterima pasti akan dijawab. Sekiranya tiada jawapan dalam masa tiga hari, maknanya e-mel yang dikirim itu tidak sampai kerana (1) mungkin tersalah alamat, atau (2) mungkin masuk ke dalam kotak SPAM.

Harap sudi sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan kenalan yang mungkin berminat.