Berikut salinan asal Press
Releases (Siaran Akhbar) yang diedarkan kepada pihak media melalui e-mel
mulai 1 Jun 2003. Terima kasih kepada para wartawan dan editor yang memberi
kerjasama padu bagi publisiti acara Baca Cerpen Kavyan!
Siaran Akhbar - 1 Jun 2003
100 Cerpen Kavyan –
Acara Baca Naskhah Berterusan 25 Jam
Golongan penulis, peminat sastera
dan pencinta seni dijemput mengambil bahagian dalam acara 100 Cerpen Kavyan
yang dijadualkan pada 30-31 Ogos 2003.
Selain memberi peluang kepada
penulis dan peminat sastera membaca teks cerpen yang diminati, 100 Cerpen
Kavyan juga bertujuan memasyarakatkan sastera melalui penggunaan teknik
membaca teks untuk didengar oleh khalayak.
“Acara 100 Cerpen Kavyan
dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negeri Selangor. Acara akan berlangsung di Galeri Shah Alam,” kata Presiden Kavyan,
Uthaya Sankar SB dalam suatu kenyataan yang dihantar kepada pihak media.
Dijangkakan bahawa sebanyak seratus
naskhah cerpen Bahasa Malaysia akan dibacakan secara berterusan oleh sekitar
seratus orang selama 25 jam. Jika berjaya, 100 Cerpen Kavyan akan
tercatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai ‘Longest Non-Stop
Short Story Recital’.
“Kami percaya bahawa berkat
kerjasama dan sokongan padu para penulis dan peminat sastera, acara ini akan
berjaya mencapai motif yang diharapkan,” kata Uthaya yang merupakan antara
penulis yang disegani dalam dunia sastera kebangsaan.
Maklumat terperinci, panduan dan
borang penyertaan boleh didapati di laman web www.100cerpen.cjb.net atau hubungi
e-mel uthayasb@kavyan.cjb.net
Press release - 1 June 2003
100
Cerpen Kavyan – Non-Stop Short Story Recital For 25 Hours
Calling
writers and readers of Bahasa Malaysia short stories. A project called 100
Cerpen Kavyan (100 Kavyan Short Stories) is to be held on 30-31 August
2003.
This
project prepares an avenue for writers and readers to recite their favourite
Bahasa Malaysia short story on stage. It is also an alternative to the
conventional way of reading a printed story.
“100
Cerpen Kavyan is organized jointly by Kavyan and Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negeri Selangor. It is scheduled at Galeri Shah Alam which faces
the Shah Alam Lake Gardens,” said Kavyan President, Uthaya Sankar SB in
a statement to the media.
Around
hundred people are expected to read hundred Bahasa Malaysia short stories for
25 hours in an attempt to set a record for The Malaysia Book of Records
– ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.
“The
organizers believe that this event would be a crowd-puller. 100 Cerpen
Kavyan will be a success with cooperation from writers and readers alike,”
said Uthaya who is a prolific creative writer himself.
Details
can be obtained online at www.100cerpen.cjb.net
or e-mail uthayasb@kavyan.cjb.net
Siaran Akhbar - 5 Jun 2003
Baca
Cerpen Kavyan – Acara Baca Cerpen Berterusan 96 Jam
Golongan
penulis, peminat sastera dan pencinta seni dijemput mengambil bahagian dalam
acara Baca Cerpen Kavyan yang dijadualkan
pada 29 Ogos – 2 September 2003.
Selain
memberi peluang kepada penulis dan peminat sastera membaca teks cerpen yang
diminati, Baca Cerpen Kavyan juga bertujuan memasyarakatkan sastera
melalui penggunaan teknik membaca teks untuk didengar oleh khalayak.
“Acara
Baca Cerpen Kavyan dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. Acara akan berlangsung di
Galeri Shah Alam yang terletak menghadap Taman Tasik Shah Alam,” kata Presiden Kavyan,
Uthaya Sankar SB dalam suatu kenyataan kepada pihak media.
Dijangkakan
hampir empat ratus naskhah cerpen Bahasa Malaysia akan dibacakan secara
berterusan oleh sekitar seratus orang selama 96 jam. Jika berjaya, Baca
Cerpen Kavyan akan layak dimasukkan dalam The Malaysia Book of Records
sebagai ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.
“Kami
percaya bahawa berkat kerjasama dan sokongan padu para penulis dan peminat
sastera, acara ini akan berjaya mencapai objektif,” kata Uthaya yang juga
merupakan antara penulis yang disegani dalam dunia sastera kebangsaan.
Maklumat
terperinci, panduan dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net
atau hubungi e-mel uthayasb@kavyan.cjb.net
Press Release - 5 June 2003
Baca
Cerpen Kavyan – Non-Stop Short Story Recital For 96 Hours
Calling
writers and readers of Bahasa Malaysia short stories. A project called Baca Cerpen Kavyan (Kavyan Short
Stories Recital) is to be held on 29 August – 2 September 2003.
This
project prepares an avenue for writers and readers to recite their favourite
Bahasa Malaysia short story on stage. It is also an alternative to the
conventional way of reading a printed story. Now you can listen to it being
read.
“Baca
Cerpen Kavyan is organized jointly by Kavyan and Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negeri Selangor. It is scheduled at Galeri Shah Alam which faces
the Shah Alam Lake Gardens,” said Kavyan President, Uthaya Sankar SB in
a statement to the media.
Around
one hundred people are expected to read nearly four hundred Bahasa Malaysia
short stories for 96 hours in an attempt to set a record for The Malaysia
Book of Records – ‘Longest Non-Stop Short Story Recital’.
“The
organizers believe that this event would be a crowd-puller. Baca Cerpen
Kavyan would sure be a success with cooperation from writers and readers
alike,” said Uthaya who is a prolific creative writer himself.
Details
can be obtained online at www.bacacerpen.cjb.net or e-mail
uthayasb@kavyan.cjb.net
Siaran Akhbar - 23 Jun 2003
Sasterawan
Negara dan Seniman Serikan “Baca Cerpen Kavyan”
Acara
Baca Cerpen Kavyan di Galeri Shah Alam dijangka lebih meriah dengan
penyertaan Sasterawan Negara dan beberapa tokoh seniman terkemuka tanah air.
SN Datuk A. Samad Said akan
menjadi tetamu khas bagi majlis perasmian penutupan pada 2 September 2003.
Selain dijadual membaca beberapa naskhah cerpen, beliau juga akan menjadi saksi
bagi acara ini dengan menandatangani sijil penyertaan.
Baca
Cerpen Kavyan anjuran Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India
Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor
merupakan acara baca cerpen berterusan selama 96 jam mulai 29 Ogos 2003.
Acara
ini antara lain bertujuan memasyarakatkan cerpen Bahasa Malaysia serta mencatat
nama dalam The Malaysia Book of Records.
Presiden
Kavyan, Uthaya Sankar SB berkata, sasterawan dan tokoh penulis dijemput
menyertai acara ini sebagai memberi penghormatan terhadap sumbangan mereka
kepada perkembangan sastera kebangsaan.
“Selain
Datuk A. Samad Said, kami juga menjemput Dr Othman Puteh kerana beliau tokoh
penulis dan individu yang sangat berperanan membimbing bakat-bakat baru
pelbagai kaum,” kata Uthaya yang merupakan antara penulis yang pernah dibimbing
kedua-dua tokoh berkenaan.
Tokoh-tokoh
penulis yang turut dijadual mengambil bahagian ialah Dr Ahmad Razali Yusof, Lim Swee Tin, Selina S. F. Lee, Saroja
Theavy Balakrishnan, Salina Ibrahim dan Uthaya Sankar SB. Penulis baru pula
antaranya Raja Rajeswari Seetha Raman, S. G. Prabhawathy, Bathmavathi Krishnan
dan V. Vijayaletchumy.
Pelakon
terkenal, Maimon Abd Mutalib juga bersetuju untuk hadir membacakan beberapa
naskhah cerpen sendiri pada acara ini.
Menurut
Uthaya, selain kelompok penulis, Baca Cerpen Kavyan juga mendapat respon
daripada kalangan wartawan dan editor akhbar dan majalah. Pelajar kolej swasta
dan sekolah menengah turut tampil mendaftar.
“Kami
percaya lebih ramai penulis, seniman dan peminat sastera akan menyertai acara
yang sangat bermakna ini. Ratib Seribu Syair anjuran Gapena pada
November 2001 membuktikan sokongan dan komitmen khalayak sastera terhadap usaha
mencipta rekod membaca puisi berterusan 24 jam.
“Sokongan
padu yang sama diharapkan dalam menjayakan usaha mencipta rekod membaca cerpen
berterusan selama lima hari, empat malam,” katanya.
Sasaran
jumlah peserta bagi acara berkenaan adalah seratus orang. Tarikh tutup
penyertaan pada 15 Julai 2003. Maklumat terperinci serta jadual acara boleh
dilayari di laman www.bacacerpen.cjb.net atau dengan menghubungi
013-3913278.
Siaran Akhbar - 23 Jun 2003
Membaca
Cerpen Selama 96 Jam!
Bagaimana
agaknya kalau cerpen dibaca berterusan selama 96 jam? Yang pasti, tentu ada
peluang untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.
Itulah
juga harapan Kavyan (Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) yang akan
menganjurkan acara membaca naskhah cerpen berterusan selama sekurang-kurangnya
96 jam sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
“Acara
ini dinamakan Baca Cerpen Kavyan dan akan berlangsung pada 29 Ogos
hingga 2 September 2003,” kata S.G. Prabhawathy, Setiausaha Kavyan.
“Sebanyak 385 cerpen Bahasa Malaysia dijangka akan dibacakan oleh hampir
seratus orang.”
Bolehkah
pihak penganjur mencari seratus orang penulis untuk membaca cerpen bagi acara
itu?
“Acara
ini bukan hanya untuk golongan penulis. Kami juga menjemput orang ramai yang
suka membaca cerpen Bahasa Malaysia untuk mengambil bahagian dalam acara yang
sangat istimewa ini. Pelajar dan remaja pelbagai kaum juga boleh mengambil
bahagian,” Prabha menjelaskan.
Antara
tokoh yang akan mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said,
Dr Othman Puteh, Saroja Theavy Balakrishnan dan Lim Swee Tin.
Acara
Baca Cerpen Kavyan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Selangor. Pembacaan cerpen akan berlangsung di Galeri Shah Alam
yang terletak di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.
Peserta
dibenarkan memilih naskhah cerpen yang diminati. Bagaimanapun, naskhah cerpen
berkenaan mestilah karya Bahasa Malaysia yang sudah tersiar di surat khabar,
buku atau majalah. Peserta perlu mengemukakan naskhah cerpen kepada penganjur
untuk mendapat kelulusan sebelum boleh dibacakan pada acara.
Maklumat
terperinci mengenai Baca Cerpen Kavyan boleh dibaca di laman web www.bacacerpen.cjb.net
atau hubungi nombor telefon 013-3913278 untuk keterangan lanjut.
Siaran Akhbar - 7 Julai 2003
Baca Cerpen Kavyan
Dijangka Meriah: Penyertaan Daripada Pelbagai Lapisan
Acara Baca Cerpen Kavyan pada
29 Ogos–2 September 2003 sempena sambutan hari kemerdekaan dijangka meriah
dengan penyertaan khalayak pelbagai lapisan.
Antara tokoh berwibawa yang sudah
mengesahkan penyertaan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua I
Gapena, Tan Sri Ismail Hussein.
A Samad Said diberi penghormatan
membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan
96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi acara berkenaan.
Upacara perasmian pembukaan
dijadualkan pada pukul 3:00 petang, 29 Ogos di Galeri Shah Alam, Persiaran
Tasik, Shah Alam.
Acara Baca Cerpen Kavyan akan
bermula tepat pukul 4:00 petang dengan pembacaan cerpen pertama oleh Dr Othman
Puteh.
“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah bakat-bakat
baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat dipertikaikan.
“Jadi, urus setia sebulat suara
memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan,
S. G. Prabhawathy dalam suatu kenyataan.
Acara ini dianjurkan oleh Kavyan
(Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Selangor.
Pada mulanya, sejumlah 96 peserta
dijangka mengambil bahagian. Bagaimanapun, kini, lebih 150 peserta sudah mendaftar
secara sukarela.
“Kami terharu atas sokongan yang
diberikan oleh orang ramai. Kelompok penulis mapan, penulis muda, peminat
sastera dan orang ramai berminat mengambil bahagian,” kata beliau.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Dato’ A Aziz Deraman dan Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr Anwar
Ridhwan akan turut membacakan cerpen pada acara itu nanti.
“Baca Cerpen Kavyan akan berlangsung
selama lima hari, empat malam. Jadi, kami pastikan bahawa pada setiap hari akan
ada penyertaan daripada pelbagai lapisan.
“Jadual pembacaan disusun sedemikian
rupa supaya akan wujud interaksi antara pelbagai kelompok sepanjang acara
berlangsung,” Prabha menjelaskan.
Ketua Editor Kumpulan Karangkraf,
Abd Jalil Ali serta sekumpulan editor dan wartawan juga bakal menunjukkan bakat
membaca cerpen. Tidak terkecuali penulis novel terkenal, Sri Diah yang sedang
melonjak dengan novel Kuala Lumpur: Di Mana Suamiku?
Tidak terkecuali dua lagi novelis
wanita iaitu Salina Ibrahim dan Kamariah Kamaruddin.
“Tujuan utama acara ini adalah untuk
memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah
terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.
“Kavyan mahu memberi peluang
kepada penulis untuk membacakan karya mereka serta peminat sastera untuk
membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Presiden Kavyan, Uthaya
Sankar SB dalam kenyataan yang sama.
Kejayaan membaca cerpen secara
terterusan selama 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records
sebagai “The Longest Readathon”.
“Penyertaan adalah secara sukarela.
Sehingga kini, sambutan sungguh memberangsangkan. Setiap peserta akan diberi
sijil penyertaan. Cenderamata pula masih diusahakan. Kalau ada tajaan, pasti
ada cenderamata,” katanya.
Baca Cerpen Kavyan
mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara
akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia.
Wartawan akhbar TheSun,
Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia.
Antara penulis kaum India yang turut
serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya
Sankar SB, S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman dan Vijayaletchumy Vellasamy.
Pelajar sekolah menengah, mahasiswa
dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen
Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.
“Semua ini berkat publisiti yang
diberi oleh pihak media,” kata Uthaya.
Sekumpulan mahasiswa Universiti
Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu
juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Perak, Pahang dan Johor.
Ahli komuniti yang sering
berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca
Cerpen Kavyan.
“Acara ini pasti menjadi suatu acara
yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para
peminat yang hadir sebagai penonton.
“Selain berpeluang mendengar cerpen
dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera
kebangsaan,” katanya.
Maklumat terperinci serta jadual acara
boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau telefon 013-3913278.
Siaran Akhbar - 15 Julai 2003
Mampukah Cerpenis Membaca Cerpen di
Pentas?
“Kita jemput seorang penulis kaum
India untuk membaca sebuah sajak,” sering Ismas Saring atau Dr Ibrahim Ghafar
mengumumkan pada acara Baca Puisi Anggerik di Galeri Shah Alam.
“Kita minta dia baca sajak dan
bukannya membaca cerpen.”
Pernah tidak saudara mendengar orang
membaca sajak di pentas dan saudara tertanya-tanya mengapa individu itu memilih
untuk berbuat demikian.
Mungkin intonasi dan gayanya salah.
Saudara merasakan individu itu sengaja memilih untuk memalukan diri di
khalayak!
Membaca sajak – apatah lagi
mendeklamasi sajak – di khalayak bukan perkara mudah. Sering kali saya sendiri
melihat individu tertentu terpekik dan terlolong di pentas; bagi mereka itulah
cara membaca yang betul.
Ada pula yang meratap hiba; bagi
mereka sajak mesti sedih dan mendayu-dayu. Sajak mesti disampaikan dengan wajah
dan suara yang sedih.
Acara membaca sajak memang sudah
menjadi rutin – malah semacam ‘wajib’ – dalam pelbagai acara di negara kita.
Bagaimana pula acara pembacaan teks
cerpen? Memanglah minat membaca cerpen tidak kental di jiwa penduduk; termasuk
sekerat penulis dan cerpenis.
“Membaca” cerpen yang saya maksudkan
adalah membaca cerpen dengan suara yang lantang di khalayak untuk didengar
orang; bukan sekadar membaca tanpa suara untuk dinikmati diri sendiri.
Pelbagai penilaian boleh dibuat oleh
khalayak umum mengenai mutu pembacaan sajak – atau deklamasi sajak. Namun,
tidak begitu halnya dengan pembacaan cerpen.
Kita tidak biasa membaca cerpen
untuk didengar oleh orang lain. Apa yang ada, mungkin membacakan buku cerita
kepada anak-anak.
Nah! Siapa kata kita tidak ada bakat
semula jadi membaca teks cerpen untuk didengar orang lain?
Kalau pada masa lalu kita ada
penglipur lara, tugas itu kemudian diganti ibu bapa yang bercerita kepada
anak-anak.
Seterusnya, dengan adanya buku
cerita, ibu bapa zaman moden mula membacakan cerita untuk anak-anak.
Bagaimana agaknya gaya Ketua Satu
Gapena, Tan Sri Ismail Hussein membacakan cerita kepada anak-cucu? Bagaimana
kalau Ketua Pengarah DBP, Dato’ A. Aziz Deraman membaca cerpen kepada khalayak?
Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr
Anwar Ridhwan yang pendiam. Mampukah beliau membaca cerpen di depan orang
ramai?
Khalayak biasa mendengar SN Datuk A.
Samad Said membaca puisi yang panjang dan berciri naratif. Bagaimana kalau
beliau membaca teks cerpen pula?
Pendeklamator seperti Norazimah,
Mohd Radhi dan Amaruszati pula mampukah membaca naskhah cerpen sehebat
mendeklamasi sajak?
Maimunah yang sering membawa watak
ibu dalam drama televisyen; mampukah beliau membaca cerpen dengan penuh
bergaya?
Tidak terkecuali juga kelompok
editor dan wartawan sastera di akhbar dan majalah yang saban hari menatap karya
sastera. Ada mereka berbakat membaca cerpen di pentas?
Jawapan bagi soalan-soalan ini tidak
semudah menjawab soalan mengenai pembacaan puisi. Mengapa? Pembacaan cerpen di
khalayak belum menjadi budaya di negara kita.
Namun, buat pertama kali dalam
sejarah dunia sastera Malaysia, orang ramai akan berpeluang mendengar hampir
385 buah cerpen Bahasa Malaysia [sila kekalkan istilah
ini] dibacakan oleh hampir 160 orang selama lebih 96 jam!
Inilah masa untuk mendengar semua
tokoh yang dinamakan di atas menunjukkan bakat membaca cerpen untuk didengar
oleh khalayak.
Dr Othman Puteh dijadual membuka
tirai Baca Cerpen Kavyan tepat pukul 4:00 petang, pada 29 Ogos 2003 di
Galeri Shah Alam.
“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah
bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat
dipertikaikan.
“Jadi, urus setia sebulat suara
memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan,
S. G. Prabhawathy.
A Samad Said diberi penghormatan membacakan
naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan 96 jam ini.
Beliau juga akan menjadi saksi bagi Baca Cerpen Kavyan.
Acara ini anjuran Kavyan
(Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Selangor.
Kejayaan acara membaca cerpen
berterusan 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records.
Rekod sedia ada adalah pembacaan cerpen Bahasa Inggeris selama 72 jam.
“Tujuan utama acara ini adalah untuk
memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah
terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.
“Kavyan mahu memberi peluang
kepada penulis untuk membacakan karya mereka; serta peminat sastera untuk
membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Prabha.
Baca Cerpen Kavyan
mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara
akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia [kekalkan istilah].
Wartawan akhbar Bahasa Inggeris,
Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia
[kekalkan istilah].
Antara penulis kaum India yang turut
serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB,
S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman dan Vijayaletchumy Vellasamy.
Pelajar sekolah menengah, mahasiswa
dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen
Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.
Sekumpulan mahasiswa Universiti
Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu
juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.
Ahli komuniti yang sering
berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca
Cerpen Kavyan.
Menurut Prabha, acara ini pasti
menjadi suatu acara yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi
juga untuk para peminat yang hadir sebagai penonton.
“Selain berpeluang mendengar cerpen
dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera
kebangsaan,” katanya.
Namun, masih terlalu awal untuk
membuat sebarang kenyataan mengenai mutu pembacaan cerpen oleh para peserta.
Orang ramai perlu hadir untuk mendengar sendiri pembacaan cerpen oleh hampir
160 peserta.
“Kita minta dia baca sajak dan
bukannya membaca cerpen.”
Kata-kata itu akan lebih bermakna
jika diucapkan selesai Baca Cerpen Kavyan.
Maklumat terperinci serta jadual
pembacaan boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau
hubungi talian 013-3913278.
Siaran Akhbar - 25 Julai 2003
Baca Cerpen Kavyan
Dijangka Meriah: Penyertaan Pelbagai Golongan
Acara Baca Cerpen Kavyan pada
29 Ogos–2 September 2003 sempena sambutan hari kemerdekaan dijangka meriah
dengan penyertaan khalayak pelbagai lapisan.
Antara tokoh berwibawa yang sudah
mengesahkan penyertaan ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Ketua I
Gapena, Tan Sri Ismail Hussein.
A. Samad Said diberi penghormatan
membacakan naskhah terakhir bagi melengkapkan acara membaca cerpen berterusan
96 jam ini. Beliau juga akan menjadi saksi bagi acara berkenaan.
Upacara perasmian pembukaan
dijadualkan pada pukul 3:00 petang, 29 Ogos di Galeri Shah Alam, Persiaran
Tasik, Shah Alam.
Acara Baca Cerpen Kavyan akan
bermula tepat pukul 4:00 petang dengan pembacaan cerpen pertama oleh Dr Othman
Puteh.
“Sumbangan Dr Othman dalam mengasah
bakat-bakat baru serta sumbangan beliau sebagai cerpenis tidak dapat
dipertikaikan.
“Jadi, urus setia sebulat suara
memutuskan untuk mengundang beliau membaca cerpen pertama,” kata Setiausaha Kavyan,
S. G. Prabhawathy dalam suatu kenyataan.
Acara ini dianjurkan oleh Kavyan
(Persatuan Penulis Kaum India Malaysia) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Selangor.
Pada mulanya, sejumlah 96 peserta
dijangka mengambil bahagian. Bagaimanapun, kini, lebih 160 peserta sudah
mendaftar secara sukarela.
“Kami terharu atas sokongan yang
diberikan oleh orang ramai. Kelompok penulis mapan, penulis muda, peminat
sastera dan orang ramai berminat mengambil bahagian,” kata beliau.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Dato’ A Aziz Deraman dan Pengarah Penerbitan DBP, Dato’ Dr Anwar
Ridhwan akan turut membacakan cerpen pada acara itu nanti.
“Baca Cerpen Kavyan akan berlangsung
selama lima hari, empat malam. Jadi, kami pastikan bahawa pada setiap hari akan
ada penyertaan daripada pelbagai lapisan.
“Jadual pembacaan disusun sedemikian
rupa supaya akan wujud interaksi antara pelbagai kelompok sepanjang acara
berlangsung,” Prabha menjelaskan.
Ketua Editor Kumpulan Karangkraf,
Abd Jalil Ali serta sekumpulan editor dan wartawan juga bakal menunjukkan bakat
membaca cerpen. Tidak terkecuali penulis novel terkenal, Sri Diah yang sedang
melonjak dengan novel Kuala Lumpur: Di Mana Suamiku?
Begitu juga dua lagi novelis wanita
iaitu Salina Ibrahim dan Kamariah Kamaruddin. Pelakon terkenal, Maimon Abd
Mutalib juga bersetuju untuk hadir membacakan beberapa naskhah cerpen sendiri
pada acara ini.
“Tujuan utama acara ini adalah untuk
memberi kelainan pada cara penghayatan teks cerpen. Acara baca puisi sudah
terlalu biasa tetapi acara baca teks cerpen masih belum begitu popular.
“Kavyan mahu memberi peluang
kepada penulis untuk membacakan karya mereka serta peminat sastera untuk
membacakan cerpen yang mereka minati,” kata Presiden Kavyan, Uthaya
Sankar SB dalam kenyataan yang sama.
Kejayaan membaca cerpen secara
terterusan selama 96 jam bakal dicatat dalam The Malaysia Book of Records
sebagai “The Longest Readathon”.
“Penyertaan adalah secara sukarela.
Sehingga kini, sambutan sungguh memberangsangkan. Setiap peserta akan diberi
sijil penyertaan. Cenderamata pula masih diusahakan. Kalau ada tajaan, pasti
ada cenderamata,” katanya.
Baca Cerpen Kavyan
mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai kaum. Apatah lagi, acara
akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia.
Wartawan akhbar TheSun,
Bissme S juga dijadual menunjukkan kebolehan membaca cerpen Bahasa Malaysia.
Personaliti THR.fm, Richie Rachman pula menjanjikan persembahan menarik bagi
para peminatnya.
Antara penulis kaum India yang turut
serta ialah Dr Krishanan Maniam, Saroja Theavy Balakrishnan, Uthaya Sankar SB,
S.G. Prabhawathy, Raja Rajeswari Seetha Raman, Vijayaletchumy Vellasamy dan
Bathmavathi Krishnan.
Pelajar sekolah menengah, mahasiswa
dan pelajar kolej swasta turut mengambil bahagian; menjadikan Baca Cerpen
Kavyan suatu acara gilang-gemilang dan penuh bermakna.
“Semua ini berkat publisiti yang
diberi oleh pihak media,” kata Uthaya.
Sekumpulan mahasiswa Universiti
Sains Malaysia (USM) dijadual datang khusus untuk mengambil bahagian. Begitu
juga beberapa peminat sastera dari Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak,
Pahang dan Johor.
Ahli komuniti yang sering
berkomunikasi di ruang siber juga bakal tampil membaca cerpen pada acara Baca
Cerpen Kavyan. Mahasiswa UiTM Shah Alam turut tidak ketinggalan memberi
sokongan bagi menjayakan acara gilang-gemilang ini.
Satu lagi keistimewaan Baca
Cerpen Kavyan adalah penampilan seorang gadis cacat penglihatan yang akan
membacakan sebuah naskhah cerpen menggunakan teks Braille. Ong Chew Hau
dari Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta (MAB) menerima bimbingan daripada
gurunya, Puan Sumitha Ramasami; juga seorang cacat penglihatan.
“Acara ini pasti menjadi suatu acara
yang penuh bermakna bukan sahaja untuk para peserta tetapi juga untuk para
peminat yang hadir sebagai penonton.
“Selain berpeluang mendengar cerpen
dibacakan, khalayak juga akan berpeluang bertemu kelompok penulis sastera
kebangsaan,” katanya.
Acara Ratib Seribu Syair
anjuran Gapena pada November 2001 membuktikan sokongan dan komitmen khalayak
sastera terhadap usaha mencipta rekod membaca puisi berterusan 24 jam.
Sokongan padu yang sama diharapkan
oleh Kavyan dalam menjayakan usaha mencipta rekod membaca cerpen
berterusan selama lima hari, empat malam.
Maklumat terperinci serta jadual
acara boleh didapati di laman web www.bacacerpen.cjb.net atau telefon 013-3913278
(Uthaya).
[Catatan: Nombor telefon dan
alamat e-mel di atas tidak digunakan lagi tetapi dikekalkan dalam bahan arkib
ini sebagai dokumentasi. Paparan ini disalin terus daripada paparan asal
memandangkan laman Geocities tidak
lagi beroperasi – BACA DI SINI]