Pendahuluan
Kertas kerja ini memberi penjelasan mengenai acara
membaca naskhah cerpen berterusan selama 96 jam 32 minit yang berjaya
dianjurkan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan
kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor serta The Malaysia
Book of Records.
Nama Acara
Penganjur
Kavyan dengan kerjasama padu Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Selangor serta The Malaysia Book of Records.
Objektif
1 Mencipta rekod membaca naskhah
cerpen secara berterusan (tanpa henti) sekurang-kurangnya selama 96 jam untuk
dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai The Longest
Readathon
2 Memupuk minat membaca dan
menghayati karya cerpen di kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca
cerpen
3 Memberi peluang orang ramai
mendengar naskhah cerpen dibacakan; memasyarakatkan sastera
4 Membuka peluang untuk penulis
cerpen menyampaikan naskhah cerpen secara audio untuk dinikmati khalayak
5 Membuka peluang kepada peminat
sastera membaca naskhah cerpen yang mereka minati
6 Mengumpulkan kelompok penulis
cerpen, peminat sastera dan orang awam untuk saling berinteraksi
7 Mendaulatkan dan memartabatkan Bahasa Malaysia
Tarikh
29 Ogos - 2 September 2003 (Jumaat - Selasa)
Masa
Bermula pukul 5:00 petang pada 29 Ogos 2003 (Jumaat)
Tempat
Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam, Selangor
Jumlah Pembaca
Seramai seratus enam puluh enam (166) orang menawarkan
diri secara sukarela. Penyertaan
terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat dan mampu membaca naskhah cerpen
dengan gaya persembahan yang sesuai untuk persembahan di khalayak. Kelompok
penulis, sasterawan, remaja, pelajar dan orang awam tanpa batas kaum, umur,
taraf sosial dan profesion telah mengambil bahagian. Rujuk senarai peserta DI SINI.
Menarik Diri
Beberapa peserta telah menghubungi Urus Setia dan menarik
diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, para Urus Setia
serta beberapa peserta telah tampil mengisi kekosongan yang wujud.
Bahasa
Naskhah cerpen yang dibaca adalah karya Bahasa Malaysia. Acara turut
dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Langkah ini bagi
menegaskan kepada umum bahawa Kavyan menerima dan menghormati Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan; serta memartabatkan sastera Bahasa Malaysia dalam era globalisasi.
Jumlah Naskhah Cerpen
Sejumlah tiga ratus lapan puluh empat (384) naskhah
cerpen Bahasa Malaysia dibaca oleh sejumlah
166 peserta sepanjang acara ini.
Tempoh Masa
Acara bermula tepat pukul 4:00 petang, 29 Ogos 2003
dan berakhir tepat pukul 5:32 petang, 2 September 2003. Maka acara telah
berlangsung tanpa henti selama 96 jam 32 minit.
Naskhah Cerpen
Peserta telah diberi kebenaran memilih naskhah cerpen
yang diminati. Bagaimanapun, cerpen yang dipilih mestilah cerpen Bahasa Malaysia yang sudah tersiar di
akhbar, majalah atau buku (media cetak). Cerpen di internet tidak diterima.
Cerpen-cerpen yang dipilih mestilah tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pembaca telah dinasihatkan supaya
bijak memilih cerpen yang panjangnya sekitar 15 minit sahaja.
Cara Pengesahan
Pengesahan pembacaan naskhah cerpen secara berterusan
dilakukan dengan melantik sejumlah saksi yang bertindak sebagai penjaga masa.
Mereka juga telah memastikan acara pembacaan dibuat mengikut syarat yang
ditetapkan oleh pihak The Malaysia Book of Records. Saksi utama bagi
acara ini ialah Sasterawan Negara Datuk Dr A Samad Said. Wakil The
Malaysia Book of Records, Cik Cherry Heng turut hadir sebagai saksi. Selain
itu, rakaman audio dilakukan dari awal hingga akhir acara untuk dijadikan bukti
dan rujukan pihak The Malaysia Book of Records.
Liputan Media
Penganjur telah menjemput pihak media untuk membuat
liputan acara ini. Kerjasama pihak media amatlah dihargai. Wartawan beberapa
akhbar telah hadir membuat liputan. Laporan acara ini juga disiarkan dalam
beberapa akhbar dan majalah utama serta di ruang siber.
Promosi
Promosi bagi acara ini dilakukan melalui media cetak (akhbar,
majalah), media elektronik (televisyen, radio) dan internet (laman web, risalah
online, surat berita dalam talian). Terima kasih kepada semua pihak
media yang memberi kerjasama padu. Terima kasih juga kepada setiap individu
yang membantu mempromosi acara ini. Rujuk senarai siaran media DI SINI.
Penutup
Acara Baca Cerpen Kavyan berjaya dilaksanakan
dan berjaya pula dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai The Longest Readathon (Ruj. MBR: Kavyan/CH/562/03)
berkat kerjasama orang ramai. Kerjasama berbentuk sokongan, sumbangan
dan tajaan daripada semua pihak juga telah membantu menjayakan acara ini.
Kavyan akan meneruskan tradisi BCK dalam usaha “membudayakan baca cerpen”, “memasyarakatkan
sastera” dan “memartabatkan Bahasa Malaysia”.
[Catatan: Nombor telefon dan
alamat e-mel di atas tidak digunakan lagi tetapi dikekalkan dalam bahan arkib
ini sebagai dokumentasi. Paparan ini disalin terus daripada paparan asal
memandangkan laman Geocities tidak
lagi beroperasi – BACA DI SINI]