2 Apr 2014

Perzeus James

Perzeus James (J. Sa. Zeus Nathan) lahir dan membesar di Batang Berjuntai (Bestari Jaya), Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Tadika Ladang Tennamaram, SJKT Batang Berjuntai, SMK Sultan Sulaiman Shah dan Institut Makmur, Klang sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perzeus berpengalaman sebagai penyampai berita Tamil di MinnalFM (RTM); guru Bahasa Malaysia di SMK Raja Mahadi, Klang; tutor di Kolej Kasturi Antarabangsa; penyelia akaun di Montfort Boys Town, Shah Alam; dan pensyarah muda di Sekolah Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan, Kolej FTMS, Bukit Jalil. Beliau kini tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam dan merupakan Setiausaha Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak Mac 2014.