Wednesday, 30 May 2018

Penyunting Bersekutu — Thirukkural dan Megha Duta


Usaha mencari Penyunting Bersekutu bagi menjayakan projek penerbitan buku Thirukkural dan Megha Duta dimulakan pada 23 April 2018. Menjelang 13 Mei 2018, sepuluh individu menawarkan diri secara sukarela. Tugas penyuntingan selesai pada 30 Mei 2018. Berikut adalah petikan biodata para penyunting terbabit:

Annadurai Subramanian @ KA. S. Annadurai mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang bahasa dan linguistik (Bahasa Jerman) dari Universiti Malaya (UM), selain kerap menyertai kursus kepakaran bahasa di Jerman. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).

Anurada Murugesan mendapat pendidikan perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, serta ijazah sarjana Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau menjadi penyunting bersekutu Kisah Dari Siru Kambam (2013).

Anuradha Chelliah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik di SK Sri Langat, Banting. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).

Jeeva Kasthuri Anamalay @ Kasthuri C. Arjun berkelulusan dalam bidang komputer dan sedang melanjutkan pelajaran di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang pengajaran bahasa. Beliau terlibat sebagai penyunting bersekutu bagi buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).

S. Maartandan Suppiah  melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini, Maartandan bekerja sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Beliau turut menjadi penyunting bersekutu bagi kumpulan cerpen Karupaya (2018).


M. Mahendran aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak 1987. Cerpen-cerpennya termuat dalam antologi Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna (1993), Vanakam (2002), dan Segugus Aksara Sealur Kasih (2003). Kumpulan cerpen sulung beliau berjudul Karupaya (2018).

Navanitha Nairu @ N. Nitha tinggal di Menglembu, Perak. Cerpennya termuat dalam antologi Nota Untuk Ayah (2016) dan Hello 2 (2017). Anak ketiga kepada pesara polis ini juga berminat menghasilkan kraftangan menggunakan kertas. Navanitha turut menjadi penyunting bersekutu dalam projek pernerbitan kumpulan cerpen Karupaya (2018).

Rekka Baskaran @ Nia Reiya bekerja di Bahagian Wanita dan Kesuburan, Hospital Tropicana Medical Centre. Bermula dengan minat membaca sejak sekolah rendah, Rekka cuba menulis novel selepas tamat Tingkatan Lima. Beliau sudah menghasilkan novel Love You Forever (2016) dan Maya (2017).

Selvarajah Murugesan @ MuPaSelva melanjutkan pengajian sarjana muda Pendidikan Bahasa Tamil di Universiti Malaya (UM). Seterusnya, beliau berkhidmat di SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur; SMK Seksyen 24, Shah Alam; SMK USJ4, Subang Jaya; dan kini di SMK TTDI Jaya, Shah Alam.

Thanusya Shanmuganathan @ Meera Natasya adalah graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan novelet Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016). Beliau terlibat sebagai penyunting bersekutu dalam projek penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018).


Biodata penuh Penyunting Bersekutu boleh dibaca dalam buku Thirukkural dan Megha Duta. Lihat juga — Biodata Sasterawan KavyanAntologi Karya Sasterawan Kavyan.