24 Jun 2018

Biodata Shahrul Irda

Shahrul Irda lahir dan membesar di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Sultanah Asma dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bidang sains statistik di Universiti Malaya, dan sarjana dalam bidang sains kuantitatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Shahrul kini menetap di Kota Kemuning, Shah Alam dan bekerja sebagai penganalisis data di sebuah syarikat swasta di Damansara. Beliau gemar mengisi masa lapang dengan membaca dan mengembara bagi melihat keindahan alam. Shahrul merupakan penyelaras program Kita dan Karya mulai Julai 2018.