19 Jun 2021

Biodata — Kaithiri Arumugam

Kaithiri Arumugam ialah guru Bahasa Melayu tingkatan enam di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah. Beliau menerima ijazah sarjana muda sastera dengan pendidikan dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu dari USM, sarjana sastera dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari dari UUM dan baru sahaja menyelesaikan sesi pembentangan viva ijazah kedoktoran di UUM dalam bidang Kesusasteraan Melayu khususnya kesusasteraan kanak-kanak.

Beliau merupakan penulis buku rujukan Bahasa Melayu bagi sekolah menengah sejak tahun 2015. Selain itu, Kaithiri Arumugam pernah menyertai beberapa persidangan antarabangsa dan nasional berkaitan Bahasa Melayu dan pernah membentangkan kertas kerja. Penyelidikan beliau memberi tumpuan kepada kesusasteraan kanak-kanak dengan penekanan khusus terhadap buku cerita bergambar kanak kanak dalam bahasa Melayu.

Kaithiri Arumugam pernah menerbitkan artikel dalam jurnal tempatan berkaitan buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu. [Lihat juga — Biodata Sasterawan Kavyan]