22 Nov 2022

Harapan Penyumbang


“Saya berminat untuk membaca buku Katha Sarit Sagara kerana saya pasti ia mengandungi pelbagai unsur unik yang tidak mungkin saya peroleh daripada sumber lain. Karya Uthaya pasti menarik; saya menunggu untuk membaca buku terbaharu beliau.”

Vk Ezhilarasi Velautham Krishnan

(Cheras, Kuala Lumpur)

 

“Saya ingin tahu cerita dahulu kala. Tentang pemikiran dan mesej yang ingin disampaikan, tentang cara hidup dan lingkungan mereka.”

Fadzilah Din

(Batu Caves, Selangor)

 

Katha Sarit Sagara, sebuah buku yang tajuknya saya tidak pernah dengar. Setiap kali Uthaya memuat naik sedikit sebanyak maklumat mengenai perkembangan buku ini [rujuk Twitter Facebook Instagram], saya akan baca dan cuba mengimaginasi kisah-kisahnya. Setiap kisah mempunyai sesuatu yang unik dan berinspirasi untuk disampaikan. Saya rasa buku ini mampu memikat hati saya kerana cerita-ceritanya pasti mudah difahami dan bahasa yang digunakan juga tidak akan membebankan pembaca. Katha Sarit Saraga pasti menjadi pengubat kepada saya yang tidak dapat memiliki versi asal buku ini (dalam Sanskrit). Saya menanti dengan penuh sabar untuk memiliki dan membaca Katha Sarit Sagara yang menjanjikan kekayaan ilmu, budaya, sejarah, dan kehidupan insan pada zaman dahulu.”

Anuradha Chelliah

(Banting, Selangor)

 

“This read could be adventurous, addictive, and an amazing work of folk literature.”

Mohd Firdaus Muthaloo

(Lahad Datu, Sabah)

 

“Saya begitu teruja untuk membaca buku Katha Sarit Sagara kerana warna dan reka kulit sahaja sudah cukup kreatif untuk menarik perhatian saya [rujuk komen kulit]. Bukan itu sahaja, saya juga percaya bahawa hasil kandungan buku ini pasti lain daripada yang lain.”

Malini Lakshmi Bai

(Cheras, Kuala Lumpur)


“Saya ingin memiliki buku ini supaya saya boleh menunjuk-nunjuk di media sosial apabila penulisnya menjadi Sasterawan Negara kelak.”

Amir Muhammad

(Petaling Jaya, Selangor)

[Nota: Mustahil seorang individu seperti Uthaya yang berani dan lantang bersuara, serta memperjuangkan “Bahasa Malaysia” dan hak umat Bukan Islam diberi pengiktirafan sedemikian rupa.]


“Saya hendak tahu apa yang dimaksudkan dengan judul Katha Sarit Sagara.”

M. Mahesvaran

(Kapar, Selangor)