2 Jan 2010

Trivia Kathakali


Istilah “katha” bermakna “cerita” dan “kali” bermakna “permainan” dalam Bahasa Malayalam. Terjemahan langsung “kathakali” membawa makna “permainan cerita”.
.
Kathakali adalah buku persendirian ke-12 Uthaya Sankar SB.
.
Terdapat sekurang-kurangnya 3 cerpen yang menggunakan latar berkaitan aktiviti “baca cerpen” dan 2 daripada 3 cerpen berkenaan menggunakan latar aktiviti “baca cerpen” yang sama!
.
Facebook dan blog digunakan untuk mempromosi serta mendokumentasi perkembangan penerbitan Kathakali. [BACA DI SINI]
.
ISBN bagi Kathakali diuruskan pada 27 April 2009. [BACA DI SINI]
.
Pada 17 April 2009, Uthaya Sankar SB mengirim e-mel dan SMS kepada rakan-rakan dan kenalan untuk mengundang mereka menulis Pengantar bagi Kathakali. Pada mulanya, 15 orang bersetuju tetapi sehingga tarikh tutup pada 30 April 2009, hanya 6 orang yang mengirim pandangan. [BACA DI SINI]
.
Pendahuluan ditulis oleh Datin Paduka Hjh Shahaneem Hanoum, Presiden Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY).
.
Prakata oleh Uthaya Sankar SB adalah berdasarkan sebuah makalah yang pernah disiarkan di majalah Dewan Sastera pada Julai 1995.
.
Prof. Madya Dr Lim Swee Tin menyampaikan ulasan yang amat menyentuh perasaan semasa membicarakan Kathakali pada 12 Julai 2009. [BACA DI SINI]
.
Diskaun 50% pernah ditawarkan bagi tempahan buku Kathakali sebelum 31 Mei 2009 [BACA DI SINI] tetapi kurang mendapat sambutan.
.
Diskaun 50% ditawarkan bagi sesiapa yang berminat menaja 5 naskhah buku untuk diberi kepada mana-mana sekolah pilihan si penaja. [BACA DI SINI]
.
Cerpen-cerpen dalam buku ini disasarkan kepada remaja 16-21 tahun tetapi tetap sesuai bagi bacaan golongan dewasa. [BACA DI SINI]
.
Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca cerpen-cerpen dalam Kathakali semasa usia awal remaja kerana buku ini turut memuatkan cerpen-cerpen yang tersiar seawal tahun 1994.
.
Sewaktu Uthaya Sankar SB muncul memperkatakan mengenai Kathakali dan Rudra Avatara dalam rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) pada 13 Mei 2009, buku Kathakali masih dalam proses awal percetakan.
.
Kathakali didedikasikan kepada Datuk N. Marimuthu (Presiden Fomca) yang telah membantu memungkinkan penerbitan Rudra Avatara (2008); sekaligus memungkinkan penerbitan Kathakali (2009).
.
Uthaya Sankar SB ada “mengirim” undangan terbuka kepada Perdana Menteri melalui blognya untuk melancarkan Kathakali [BACA DI SINI] tetapi – seperti yang memang dapat diduga – tiada sebarang maklum balas.
.
Kebanyakan cerpen dalam buku ini masih menggunakan latar Siru Kambam.
.
Watak bernama “Uthaya Sankar SB” tidak muncul dalam mana-mana cerpen dalam kumpulan ini.
.
Salah sebuah cerpen dalam kumpulan ini adalah sepenuhnya berciri autobiografi.
.
Beberapa cerpen menampilkan watak Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai watak utama yang menggerakkan cerita.
.
Ada sebuah cerpen mengenai seekor anjing.
.
Ada sebuah cerpen mengenai dua ekor kucing.
.
Ada sebuah cerpen yang disiarkan secara bersiri di blog Uthaya Sankar SB sebelum dimuatkan dalam Kathakali.
.
Ada sebuah cerpen yang menggunakan konsep/teknik blog.
.
Ada sebuah cerpen yang menggunakan konsep/teknik e-mel.
.
Ada beberapa cerpen yang dikarang berdasarkan makalah (artikel) yang pernah ditulis oleh Uthaya Sankar SB.
.
Kebanyakan nama watak-watak dalam cerpen-cerpen adalah berdasarkan nama bekas pelajar Uthaya Sankar SB. [BACA DI SINI]
.
Ada sebuah cerpen berciri parodi retorik kisah dalam Ramayana.
.
Cerpen-cerpen dalam Kathakali berciri faksyen – gabungan fakta dan fiksyen.
.
Ada pihak yang berpendapat bahawa Uthaya Sankar SB meniru “Karya Agung Tamil” dalam penulisannya. [BACA DI SINI]
.
Urusan mencetak Kathakali diserahkan kepada Percetakan Asas Jaya Sdn Bhd yang mencetak Rudra Avatara. [BACA DI SINI]
.
Kesemua cerpen disusun secara urutan dihasilkan, bukan mengikut urutan tarikh disiarkan.
.
Wartawan akhbar Sinar Harian, Kalidevi Mogan, menunjukkan minat untuk mewawancara Uthaya Sankar SB mengenai dramatari kathakali selepas membaca promosi buku Kathakali di Facebook. Wawancara berkenaan disiarkan pada 4 Jun 2009. [BACA DI SINI]
.
Individu pertama yang membuat tempahan buku Kathakali berserta bayaran (melalui deposit ke akaun bank) ialah Kumaran Rajamoney, wartawan Bernama TV.
.
Wartawan pertama yang menunjukkan minat untuk menulis ulasan buku Kathakali ialah Nizha Periaswamy dari akhbar Kosmo!
.
Tidak ada satu pun foto Uthaya Sankar SB dimuatkan dalam buku ini; berbeza dengan buku Rudra Avatara.
.
Kathakali diedarkan oleh Exult Resources (pembelian terus daripada pengarang secara tunai atau pesanan tempatan, LO).
.
Uthaya Sankar SB melakukan pembacaan pruf terakhir pada petang 1 Jun 2009 sebelum proses mencetak buku dimulakan pada 2 Jun 2009.
.
Kathakali siap dicetak dan dijilid pada 18 Jun 2009.
.
Kathakali dilancarkan di Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) oleh Dato’ Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah PNM di bawah projek Kelab Membaca Sinar Pintar sempena Festival Kuala Lumpur.
.
Tarikh pelancaran Kathakali – 12 Julai 2009 – secara kebetulan juga menandakan ulang tahun ke-80 tarikh kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato’ Usman Awang.
.
Acara Baca Cerpen Kathakali diadakan pada 24 Januari 2010.

Makalah berjudul Kathakali: Impian Belum Terlaksana disiarkan di Free Malaysia Today pada 20 Jun 2011.
.
Dikemas kini: 22 Jun 2009, 21 Julai 2009, 30 Julai 2009, 2 Januari 2010, 21 Ogos 2012.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!