S. Maartandan Suppiah lahir dan
membesar di Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di SK
Laksamana dan SMK Bandar sebelum melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda,
sarjana dan kedoktoran dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia
(UUM). Kini, Maartandan bertugas sebagai pensyarah dan ketua jabatan
perhubungan awam di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak.
Esei beliau tersiar di Dewan
Masyarakat (Julai 2017) dan Dewan
Budaya (Mei 2018). Karya
beliau juga termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019) dan antologi Landasan Hidup (2020).
– [Biodata Sasterawan Kavyan] – [Kaum
India dan Sastera Kebangsaan]