Sunday, 24 January 2010

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan

Tarikh : 24 Januari 2010 (Ahad)

Masa : 12:00 tengah hari

Tempat : Taman Sri Muda, Shah Alam

.

Hadir

Uthaya Sankar SB

Prabhawathy Govindarajoo

Hemantha Kumar Nagappan

Muniswaran Errisson

Beraral

Prakash Suriyamurthy

Magaenthiran Periaswamy

.

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa yang hadir, Uthaya Sankar SB yang mempengerusikan mesyuarat memklumkan bahawa walaupun laman sesawang Kavyan di GeoCities telah tiada sejak 26 Oktober 2009 [KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya] maklumat Kavyan sebenarnya telah dipaparkan juga di beberapa laman sesawang lain [KLIK DI SINI untuk membaca mengenainya].

Jawatankuasa yang hadir turut diberikan cenderamata berupa buku Hanuman: Potret Diri, Orang Dimensi, Siru Kambam dan Surat Dari Madras yang kini sudah tiada dalam pasaran.

.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

Minit Mesyuarat bertarikh 22 November 2009 [boleh dibaca DI SINI] dibentangkan oleh Setiausaha, Prabhawathy Govindarajoo dan pengesahan dilakukan oleh Hemantha Kumar Nagappan.

.

3. Penyata Kewangan

Penyata kewangan sehingga 23 Januari 2010 dibentangkan oleh Bendahari, Muniswaran Errisson dan disahkan oleh Prabhawathy Govindarajoo.

Uthaya Sankar SB bertanya, bagaimana sumbangan akan dikutip daripada Jawatankuasa yang tidka hadir. Muniswaran Errisson menjelaskan bahawa beliau akan mengirim nombor akaun bank melalui e-mel atau SMS kepada semua Jawatankuasa supaya sumbangan boleh disalurkan walaupun jika individu berkenaan beraral untuk menghadiri mesyuarat.

.

4. Aktiviti 23 November 2009 – 24 Januari 2010

Jawatankuasa terbabit memberitahu mesyuarat (secara lisan, ringkas dan padat) mengenai aktiviti yang telah mereka selenggara/ kendalikan/ sertai.

.

Bengkel Penulisan Cerpen

Uthaya Sankar SB menjelaskan bahawa aktiviti anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di Sandakan, Sabah pada 23-25 November 2009 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. [Boleh dibaca DI SINI]

.

Baca Cerpen OKU

Aktiviti yang dijadualkan pada Disember 2009 di Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU) tidak dapat dilaksanakan kerana pertindihan tarikh antara pihak PRTU dan peserta Orang Kelainan Upaya (OKU). Perkara ini tidak dapat dibincangkan lebih lanjut kerana Prakash Suriyamurthy tidak hadir. [Boleh dibaca DI SINI]

.

Bengkel Cerpen Kavyan

Uthaya Sankar SB menjelaskan bahawa bengkel yang dijadulkan pada 20 Disember 2009 (Ahad) di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan. [Boleh dibaca DI SINI]

.

Hadiah Buku Percuma

Program yang dijalankan pada 10-31 Disember 2009 tidak mendapat sambutan seperti yang telah diharapkan kerana hanya lima penyertaan memenuhi syarat dan layak diberikan hadiah buku di bawah kempen “Jom Bergaya dengan Buku!” anjuran Kavyan. Hadiah buku sudah dikirim melalui pos pada 11 Januari 2010. [Boleh dibaca DI SINI]

.

Baca Cerpen Kathakali

Acara yang berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda pada 24 Januari 2010 (Ahad) menyaksikan penyertaan 15 peserta. Setiap peserta diberi hadiah buku. Hadiah buku turut diberikan kepada 13 orang melalui cabutan bertuah yang diadakan. [Boleh dibaca DI SINI]

.

5. Aktiviti Akan Datang

Cadangan dan perancangan aktiviti bagi Februari-Jun 2010; termasuk aktiviti di mana Kavyan diundang oleh pihak luar.

.

Bengkel Penulisan Cerpen

Aktiviti ini akan berlangsung di Pusat Tuisyen Global, Bandar Puteri, Puchong pada 27 Februari 2010 (Sabtu) dan pendaftaran peserta diuruskan sepenuhnya oleh pihak pusat tuisyen berkenaan. [Boleh dibaca DI SINI]

.

Bengkel Moral SPM

Prabhawathy Govandarajoo memaklumkan bahawa bengkel akan diadakan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 pada April 2010 di Perpustakaan Raja Tun Uda dan pada Mei 2010 di Pusat Tuisyen Global. Manakala lokasi bagi bengkel pada Ogos 2010 masih dalam rundingan.

.

Bengkel Penulisan Cereka UPSR

Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa bengkel akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda pada Julai 2010. Bengkel di sekolah-sekolah pula akan diadakan berdasarkan persetujuan tarikh oleh pihak sekolah terbabit.

.

Baca Cerpen/Novel

Acara akan diadakan dengan mengangkat karya (novel atau kumpulan cerpen) Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Allahyarham Dr Othman Puteh, S.M. Zakir dan Ramlee Awang Murshid. Uthaya Sankar SB memaklumkan bahawa beberapa penulis lain yang dihubungi melalui e-mel tidak memberikan sebarang maklum balas.

Prabhawathy Govindarajoo mencadangkan supaya Baca Novel Ramlee Awang Murshid diadakan sempena Pesta Buku Selangor (dijangka pada Jun 2010). Jawatankuasa bersetuju.

.

Aktiviti di PRTU

Selain daripada aktiviti Bengkel Moral SPM pada April 2010 dan Bengkel Penulisan Cereka UPSR pada Julai 2010, satu lagi aktiviti bahasa/sastera akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU) pada Oktober 2010 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

.

6. Hal-hal Berbangkit

Mesyuarat membincangkan apa-apa hal berbangkit yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa semasa mesyuarat.

Prabhawathy Govindarajoo mencadangkan supaya Kavyan menganjurkan program motivasi, bahasa dan pembacaan bagi pelajar di SMK Taman Sri Muda. Jawatankuasa bersetuju dan kertas kerja akan disiapkan untuk diserah kepada Pengetua sekolah. Kavyan akan bekerjasama dengan One Nusantara kerana program motivasi ini melibatkan pelajar kaum Cina dan India.

Hemantha Kumar Nagappan mencadangkan supaya program bahasa dan sastera Bahasa Malaysia turut diadakan di SJK (T) Bukit Tinggi dan SJK (T) North Hammock. Jawatankuasa bersetuju. Hemantha Kumar Nagappan akan menguruskan pertemuan Uthaya Sankar SB dengan Guru Besar kedua-dua sekolah sebelum akhir bulan Januari 2010.

.

7. Mesyuarat AJK Akan Datang

Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan akan datang ditetapkan pada 28 Mac 2010 (Ahad), 10:00 pagi di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal melalui SMS dan e-mel.

.

8. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:00 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!