Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
.
Peserta
Warganegara Malaysia
.
Umur Peserta
Minimum 15 tahun (lahir pada atau sebelum tahun 1995)
.
Tajuk (Bahasa Malaysia)
“Pilih sebuah cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan dan tulis sebuah ulasan mengenai keunikan karya berkenaan.”
.
Topic (English)
“Choose a Bahasa Malaysia short story by a Kavyan Writer and write a review about the uniqueness of that piece of work.”
.
.
Tarikh Tutup
28 Februari 2010 (Ahad)
.
Bahasa
Ulasan perlulah ditulis menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, imbuhan dan perkara-perkara berkaitan penggunaan bahasa yang betul turut diambil kira.
.
Sasterawan Kavyan (Kavyan Writers)
Istilah “Sasterawan Kavyan” merujuk secara khusus kepada penulis kaum India, warganegara Malaysia yang menghasilkan karya asli dalam Bahasa Malaysia.
.
Perenggan
Ulasan perlulah ditulis dalam bentuk karangan biasa dan mempunyai perenggan. Sila pastikan setiap perenggan tidak mempunyai lebih daripada 50 patah perkataan.
.
Jumlah Perkataan
Ulasan yang ditulis perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 300 patah perkataan; tetapi tidak melebihi 500 patah perkataan.
.
Jumlah Cerpen
Peserta perlulah memilih sebuah cerpen sahaja untuk diulas.
.
Jumlah Penyertaan
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan.
.
Bukan Sinopsis
Peserta diingatkan supaya tidak menulis sinopsis atau ringkasan cerpen semasa menulis ulasan.
.
Keaslian Ulasan
Ulasan yang ditulis mestilah karangan asli peserta sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur yang menjadikan karangan itu bukan karangan asli peserta. Ulasan berkenaan juga belum pernah disiarkan di mana-mana tempat lain.
.
Format Ulasan
Ulasan perlulah ditaip langkau dua (double spacing) menggunakan program Microsoft Word. Judul cerpen yang diulas, nama pengarang serta maklumat diri peserta perlu dimasukkan mengikut format yang ditetapkan.
.
Contoh Format
Peserta perlu mendapatkan contoh format dengan mengirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my sebelum 21 Februari 2010. Sila tulis “Format Ulasan Cerpen” pada ruangan subjek (subject) e-mel. Contoh format yang akan dikirim oleh pihak Kavyan adalah bertujuan memberi gambaran mengenai format sahaja dan tidak boleh dijadikan panduan mengenai cara menulis ulasan cerpen.
.
Cara Penghantaran
Ulasan cerpen perlulah dikirim secara lampiran (attachment) melalui e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my sebelum 28 Februari 2010. Sila tulis “Ulasan Cerpen Sasterawan Kavyan” pada ruangan subjek e-mel. Sebarang cara penyertaan lain tidak akan dilayan.
.
Pengesahan Penerimaan
Pengesahan penerimaan akan dilakukan melalui e-mel bagi setiap ulasan yang diterima oleh pihak Kavyan; dengan andaian bahawa ulasan yang dikirim adalah asli dan mematuhi kesemua syarat.
.
Penilaian
Kesemua ulasan yang memenuhi syarat akan dinilai oleh pihak Kavyan dan keputusan adalah muktamad; kecuali sebarang pelanggaran syarat hanya dikesan selepas keputusan diumumkan.
.
Kriteria Penilaian
Penilaian akan dilakukan dengan mengambil kira (tetapi tidak terhad kepada) keaslian karangan, penggunaan bahasa yang betul, kepatuhan pada syarat-syarat pertandingan, kreativiti, kematangan berfikir, gaya penulisan dan kemampuan melakukan ulasan.
.
Tarikh Keputusan
Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 15 Mac 2010 di Blog Kavyan.
.
Penyiaran Ulasan
Kesemua ulasan yang menerima hadiah akan disiarkan di Blog Kavyan. Hak cipta ulasan adalah milik pengulas/peserta.
.
Hadiah
Kesemua peserta yang layak akan diberi hadiah buku Rudra Avatara: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2008). Hadiah akan dikirim kepada peserta terbabit melalui pos.
.
Pelanggaran Syarat
Sekiranya sebarang bentuk pelanggaran syarat oleh peserta dikesan selepas keputusan diumumkan dan hadiah buku sudah dikirim, maka Kavyan berhak mengambil tindakan terhadap peserta terbabit. “Pelanggaran syarat” yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) karangan tidak asli, peniruan, penipuan, menciplak, plagiat, karangan ditulis oleh orang lain, maklumat diri dipalsukan dan ulasan sudah pernah disiarkan di tempat lain.
.
Pertanyaan
Hanya pertanyaan yang dikemukakan ke alamat e-mel infokavyan@yahoo.com.my sebelum 21 Februari 2010 akan dilayan. Pertanyaan menerusi SMS, Facebook dan sebagainya tidak dilayan.