21 Mar 2010

Baca Cerpen A. Samad Said

..
Acara Baca Cerpen A. Samad Said berlangsung di Kolej Prime USJ, Subang Jaya pada 28 Februari 2004. Aktiviti ini anjuran bersama Persatuan Kebudayaan Kaum India (ICS) Kolej Prime USJ, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor.
..

Selain memberi penghormatan kepada Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said, acara Baca Cerpen A. Samad Said juga bertujuan memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan pelajar/remaja pelbagai kaum di kolej swasta.

..

Sekitar 12 pelajar Kolej Prime USJ yang menawarkan diri secara sukarela telah membaca tujuh cerpen Datuk A. Samad Said secara bergilir-gilir. Beliau sendiri hadir sebagai tetamu serta membaca pengakhiran cerpen ketujuh. Pembaca pertama pula ialah anak beliau, Az A. Samad yang muncul kali pertama membaca cerpen di pentas.

..

Acara Baca Cerpen A. Samad Said merupakan antara usaha Kavyan memasyarakatkan sastera, membudayakan baca cerpen serta memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!