Sunday, 21 March 2010

Baca Cerpen Dr Othman Puteh

Kehilangan Dr Othman Puteh yang meninggal dunia pada 19 Oktober 2003 tetap dirasai memandangkan sumbangan besar Allahyarham terhadap perkembangan sastera kebangsaan.
..

Pada 10 April 2004, sekumpulan pelajar Kolej The One Academy, Bandar Sunway mengambil bahagian dalam acara Baca Cerpen Dr Othman Puteh sebagai mengenang sumbangan Allahyarham.

.

Acara ini anjuran kolej berkenaan dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor. Sebelas cerpen Allahyarham Dr Othman yang terkandung dalam kumpulan Ario (1988) dibaca secara bergilir-gilir oleh pelajar terbabit.

.

Selain mengenang jasa Allahyarham, acara tersebut juga diadakan bertujuan memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan penuntut kolej swasta kerana keseluruhan kursus yang disediakan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

.

Sementara itu, pengurus projek Kolej The One Academy, Harlym Yeo berkata, pihaknya berharap program itu bukan setakat memenuhi syarat akademik, sebaliknya turut mendorong pelajar membaca lebih banyak karya sastera.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!