21 Mar 2010

Baca Novel Kavyan

Novel Panchayat karya Uthaya Sankar SB dipersembahkan kepada khalayak dengan cara yang amat berbeza di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 14 Mac 2004.

.

Novel setebal 145 halaman itu dibaca secara bergilir-gilir oleh 35 individu yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjayakan acara Baca Novel Kavyan anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor serta Lembaga Muzium Selangor.

.

Peserta pelbagai kaum yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar sekolah menengah, remaja, murid sekolah rendah serta kakitangan awam. Novel Panchayat dibaca secara berterusan selama 6 jam 40 minit di mana setiap peserta membaca sekitar empat halaman.

.

Acara Baca Novel Kavyan membuka lembaran baru dalam usaha memasyarakatkan sastera kerana khalayak berpeluang mendengar keseluruhan novel dibacakan oleh orang lain. Apatah lagi apabila dibaca dengan penuh gaya dan penghayatan oleh para peserta yang mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!