Friday, 26 March 2010

Formula P. Ramlee Memancing Penonton Kaum India

Pembuka Bicara
Memang sudah banyak diperkatakan mengenai Seniman Agung P. Ramlee yang diakui sebagai legenda filem Melayu. Tidak kurang juga yang mempersoalkan sama ada beliau layak diangkat sebagai “tokoh perfileman Melayu”.
.
Sewaktu membentangkan kertas kerja pada Seminar Pemikiran Semula P. Ramlee di Kuching, Sarawak pada 6 Disember 2003, saya tidak mempersoalkan kedudukan P. Ramlee sebagai Seniman Agung serta kelayakan beliau – berbanding tokoh-tokoh lain – untuk diangkat sebagai Tokoh Perfileman Melayu. Sebaliknya pembentangan adalah terhadap apresiasi kaum India di Malaysia terhadap P. Ramlee; yakni populariti filem-filem dan lagu-lagu P. Ramlee di kalangan masyarakat India.
.
Rata-rata filem dan lagu P. Ramlee turut diminati kaum Cina, kaum India serta kaum-kaum lain yang sering dikategorikan secara umum sebagai “Bukan Melayu”. Pada masa yang sama, pembikin filem masa kini merungut bahawa penonton “Bukan Melayu” tidak menyokong industri filem tempatan (baca: industri filem Melayu).
.
Bertolak dari persoalan inilah saya memutuskan untuk membuat sedikit tinjauan terhadap pertanyaan “mengapa kaum India meminati filem dan lagu P. Ramlee tetapi kurang meminati filem Melayu masa kini”. Perlu diakui, tinjauan yang saya lakukan tidak menggambarkan pendapat dan pandangan seluruh penduduk kaum India di Malaysia. Namun, setidak-tidaknya mampu memberi sedikit maklumat berguna berhubung persoalan di atas – serta sedikit tips untuk dijadikan panduan oleh pembikin filem Melayu masa kini.

.
(Petikan daripada kertas kerja oleh Uthaya Sankar SB disiarkan dalam majalah Minda, Februari dan Mac 2004 serta Kavya, Mac 2004)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!