26 Mar 2010

Apresiasi Sastera Kaum India

..
Berikut catatan ringkas mengenai acara Apresiasi Sastera Kaum India anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan Kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Morib, Selangor. ..

16 Januari 2004 (Jumaat)

.

4:00 petang

Bertolak dari Pejabat Kavyan ke Morib. S.G. Prabhawathy, Devishi Prabha Sankari, Darshini Nair, Dharshini Nair dan Kushaila bertolak dalam sebuah kereta. Uthaya Sankar SB dan Thillai Kamalan pula bertolak sekitar pukul 5:00 petang dari Bangsar bersama-sama SN Datuk (Dr) A. Samad Said dan Az. Shoban, Dharma, Deepa, Kannan dan Subaharan tiba kemudian dalam sebuah kereta. Encik Rajendran dan Encik Re. Shanmugam turut tiba untuk bermalam di Morib supaya tidak perlu tergesa-gesa esok.

.

7:30 malam

Urus setia makan malam bersama-sama.

.

8:00 malam

Taklimat oleh Presiden Kavyan diikuti penelitian skrip/teks/atur cara oleh semua urus setia. Turut diadakan latihan penuh bagi memastikan acara dapat dikendalikan secara profesional dan lancar esok. Selepas itu, urus setia menyusun kertas kerja dan fail peserta. Seterusnya, backdrop dipasang dan pentas dihias. Kerusi peserta pula sudah sedia disusun. Maka, urus setia hanya perlu menyusun meja pendaftaran. Cenderamata turut disusun kemas supaya tidak timbul kekalutan esok.

.

11:00 malam

Para urus setia berbual-bual secara santai di pantai Morib sambil minum air kelapa muda sebelum masuk tidur.

.

17 Januari 2004 (Sabtu)

.

7:30 pagi

Urus setia dan penceramah bersarapan sebelum urus setia bersedia memulakan tugas rasmi.

.

8:00 pagi

Ketibaan dan Pendaftaran Peserta

.

9:00 pagi

Ucapan Pengacara Majlis - S.G. Prabhawathy

.

9:10 pagi

Sesi 1

Seruling Di Persimpangan: Menterjemah Minda Penulis Tamil Untuk Tatapan Bersama” oleh Uthaya Sankar SB

Pengerusi: Dharmavilasan

.

10:00 pagi

Sesi 2

“Sejarah dan Perkembangan Sajak Tamil di Malaysia” oleh Encik Re. Shanmugam

Pengerusi: Thillai Kamalan

.

11:00 pagi

Sesi 3

“Proses Membaja Buah Seni Yang Ranum” oleh SN Datuk (Dr) A. Samad Said

Pengerusi: Shoban Loganathan

.

12:00 tengah hari

Sesi 4

“Usaha Memajukan Sastera Bahasa Tamil” oleh Encik Rajendran, Presiden Persatuan Penulis Tamil Malaysia

Pengerusi: Uthaya Sankar SB

.

1:00 tengah hari

Makan tengah hari

.

2:00 petang

Aktiviti Santai

Para peserta, urus setia dan penceramah mengadakan perbincangan dan dialog secara santai di pantai.

.

3:00 petang

Pembacaan Sajak dan Cerpen oleh Peserta, Penceramah dan Urus Setia.

Az pula membuktikan kehebatan memetik gitar secara kontemporari.

.

4:00 petang

Majlis Perasmian Penutupan

Ucapan Wakil Urus Setia - Uthaya Sankar SB, Presiden Kavyan

Ucapan Dato’ Abd Samad Maharuddin, Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Selangor Darul Ehsan merangkap ADUN Morib

Pengacara: S.G. Prabhawathy

.

5:00 petang

Minum Petang & Bersurai

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!