Sebenarnya, saya ingin mencuba tetapi saya masih takut. Lalu, saya
Sebentar kemudian, Nimalan mula berbual dengan Kishnu di sebelahnya. Bermula dari situ, murid-murid lain juga mula membuat kerja masing-masing.
Ternyata pertanyaan Cikgu Sharmini tidak mendapat jawapan yang diharapkan. Lalu, guru muda itu melangkah keluar dari kelas kerana waktu kelas sudah berakhir. Wajahnya kelihatan sayu.
Mata pelajaran seterusnya adalah Bahasa Tamil. Sebaik sahaja Cikgu Akilan melangkah masuk, murid-murid diam. Masing-masing bersedia untuk belajar.
Memang Cikgu Akilan seorang guru yang amat tegas. Selain daripada itu, murid-murid di kelas saya juga amat berminat untuk belajar subjek Bahasa Tamil.
“Apa yang ditanya oleh Cikgu Sharmini tadi? Cikgu lihat kamu semua hanya membisu. Adakah itu budaya yang kita ajar di sekolah ini? Apabila guru bertanya, kamu mesti bersedia untuk menjawab,” Cikgu Akilan berkata dengan tegas menggunakan Bahasa Tamil yang jitu.
Tanpa menanti sebarang jawapan, guru yang berpengalaman mengajar lebih
(Petikan cerpen “Tunas di Sebuah Ladang” yang tersiar di Dewan Pelajar, Mac 2007)
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!