21 Mar 2010

Asal-usul Valmiki

Pada zaman dahulu, di tebing Sungai Ganges di India, tinggal seorang lelaki alim bernama Prachetara. Lelaki alim itu selalu melakukan pertapaan dan upacara sembahyang mengikut amalan agama Hindu.
.

Prachetara membina sebuah penempatan kecil di dalam hutan berhampiran Sungai Ganges. Dia tinggal di situ bersama-sama anak-isteri dan para pengikutnya.

.

Anak Prachetara bernama Ratnakara dan merupakan seorang kanak-kanak yang riang, pandai dan sangat aktif. Dia sentiasa menolong ibu bapanya.

.

Pada suatu hari, Ratnakara sedang bermain di perkarangan rumahnya. Sambil asyik bermain, dia mula berlari masuk jauh ke dalam hutan.

.

Akhirnya, Ratnakara sesat dan tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah. Lalu, dia duduk menangis teresak-esak.

.

Tidak lama kemudian, seorang pemburu yang sedang memburu di dalam hutan itu terdengar tangisan Ratnakara. Pemburu itu terasa amat hairan melihat seorang kanak-kanak berusia hampir tiga tahun sedang menangis seorang diri di dalam hutan.

.

“Siapakah kamu?” Tanya pemburu itu.

.

Ratnakara terus menangis teresak-esak kerana sedih.

.

Selepas bertanya beberapa kali, pemburu itu mengambil keputusan untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah.

.

Isteri pemburu itu terasa sangat kasihan pada Ratnakara. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk memelihara kanak-kanak itu sehingga ada orang yang datang mencarinya.

..

(Petikan cerita rakyat “Pendeta Valmiki” yang tersiar di Dewan Pelajar, Ogos 2007. Baca juga DI SINI.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!