18 Apr 2010

Anak-anak Sedunia


ia hadir umpama sinar

anugerah Tuhan yang dinanti

dibelai dikasih dipupuk

dimanja dididik dibimbing

setiap waktu sepenuh jiwa

.

hadir ia pengukuh kasih

penguat rindu

pemangkin makna kehidupan

..

usah ditinggal didera

diseksa diperhamba

ingat - hadir ia

bukan atas pintanya

tapi kita

.

belai kasih pupuk

manja didik bimbing

ia bakal pemimpin dunia

.

Uthaya Sankar SB

Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2002

Kavya, Oktober 2002

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!