3 Apr 2010

Kau Seorang Wira

Di kembara berduri

sukar diluangkan sesaat

buat mengenang

erti kehidupan.

..

Di tika kau tidak sedar

sepasang mata

khusyuk memerhati.

..

Walau hidup ini penuh duka

kau yang terkulai layu

harus bangkit jua

kerna sepasang mata,

memandang.

..

Walau di dunia kau

kedustaan bermaharajalela

langkahlah kau

dengan kebenaran

demi sepasang kaki

tidak kau lihat,

menjejakimu.

..

Mungkin di satu masa

hati kau remuk dek seribu lara

namun,

wajar kau teruskan perjuangan

menyalakan obor

demi impian segenggam jiwa

yang mengharap.

..

Dunia ini, hidup ini

kekadang bersifat kejam.

Tetapi kau,

kau jangan turuti

kerna sepasang mata

tetap memerhatikan kau

kerna pada dia

kau seorang wira.

..

(Karya Retna Devi Balan sempena Ratib Seribu Syair)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!