3 Apr 2010

Lagu Cepat Kaya

Lagu tiga kupang

Saku penuh duri

Enam orang bodoh

Menangis tak berhenti

..

Lompat si katak lompat

Lompat hilang dan pergi

Ingin cepat kaya

Menangis tak berhenti

..

Bangau oh bangau

Mengapa engkau menangis

Macam mana aku tak menangis

Tauke sudah lari

..

Tanya sama tauke apa sebab lari

Nanti jawab tauke memang itu tradisi

.

Anak cucu saya mahu makan apa

Suruh makan roti yang tidak berinti

Kasihan dia menangis tak berhenti

Biarkan dia tauke sudah lari

..

Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh

Menyedari duit dilabur sudah lebur eh

Rasa marah eh rasa marah marah eh

Tapi tauke cepat kaya sudah lari eh

..

Buah cempedak di luar pagar

Siapa suruh engkau menggatal

Orang sudah kasi warning

Tapi kau masih nak kaya cepat

..

Tolong kami bantu kami

Sorry brother syiling tarak boleh jalan

..

Puk puk puk, kasu ille poo

Tahu melabur, tahulah menanggung

.

Dari mana datang duit

Dari hasil kerja halal

Usaha fikir duit duit duit

Bila dah kena baru melalak

.

Ingat pesan orang

Dengar kisah kawan

Tak ada jalan mudah

Nak jadi jutawan

..

Apakah cara paling mudah menjadi jutawan?

A berjudi B melabur C skim cepat kaya

Anda pasti? Jawapannya sebentar lagi

...

(Karya Uthaya Sankar SB sempena Ratib Seribu Syair)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!