3 Apr 2010

Terasing di Bumi Sendiri

Di kiri, di kanan

di depan, di belakang

ke mana sahaja jelingan mata

terpandang mereka.

..

Datang mereka bak ombak tiada kesudahan

alun demi alun terlerai di pantai Swarnabhumi

mencari nafas di impian kehidupan.

..

Kehadiran yang tidak dipertikaikan

kerana dikatakan perlu

kononnya mengisi kekosongan

merebut peluang dibiar anak pribumi.

..

Kini

mereka bebas di jalanan

mengherdik, menghina, mencerca

bebas memerintah

menindas kita yang ada.

..

Di kalangan mereka kita kegelisahan.

mereka berpisau, berparang

mengancam kemerdekaan

dibeli darah nenek moyang.

..

Di khalayak mereka

kita menjadi pelarian

hidup terasing di bumi sendiri.

..

(Karya Retna Devi Balan sempena Ratib Seribu Syair)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!