3 Apr 2010

Tergadainya Jati Diri Sebuah Bangsa

Berzaman dahulu

bangsaku mewah

penuh beradab

mendabik dada

dalam kemegahan bicara,

budi dan bahasa.

..

Bangsa yang pada suatu masa

mengagungkan kesopanan

bertunggakkan budi pekerti

di mana ia?

..

Apakah aku,

anak bangsa yang derhaka?

menangisi suatu kehilangan

kegemilangan bangsaku.

..

Bangsaku, Malaysia

hanyut dalam dunia siber,

dunia IT yang tidak mengenal budi

tidak mengerti bahasa.

..

Inikah yang dikatakan kemodenan?

berkejar-kejar untuk mara

hinggakan terlupa harga diri

kamu dan saya ditempatnya

u n i

..

Di era yang berdewakan teknologi

lahirlah generasi anak bangsa

yang tidak tahu adab

tidak mengenal bahasa

budi, entah ke mana.

..

Maka tertinggallah aku

dalam tangisan

mengenangkan

tergadainya jatidiri

sebuah bangsa.

Bangsaku, Malaysia.

..

(Karya Retna Devi Balan sempena Ratib Seribu Syair)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!