Catatan awal: segala pendapat, komen dan penjelasan yang dikemukakan di bawah adalah pendapat, komen dan pendirian peribadi Uthaya Sankar SB dan tidak mewakili mana-mana pihak (individu mahupun kumpulan).
Boleh saudara ceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri saudara dan bagaimana keadaan saudara sekarang?
Saya lahir di Aulong Lama, Taiping, Perak dan mendapat pendidikan awal di
Dalam bidang penulisan, mula menulis cerpen dan puisi semasa di Tingkatan Tiga. Maklumat terperinci mengenai topik ini boleh dibaca di ruang siber. Jadi, tak perlulah rasanya saya ulang secara terperinci di sini.
Dari segi kerjaya, berpengalaman sebagai editor berita Bahasa
Bila saudara mula aktif dalam bidang penulisan dan bagaimana tertarik?
Ramai yang marah apabila saya dedahkan hal sebenar. Sebenarnya saya mula berminat menulis cerpen sebab muak membaca cerita klise semasa saya remaja. Kerana marah dan kecewa, saya mula menulis sendiri. Saya turut mendapat motivasi daripada beberapa guru di sekolah. Antaranya Encik Mokhtar, Puan Hadebah Duseh, Ms Neo Kee Boon, Miss Pragasam dan Puan Hasnah. Kisah terperinci, sekali lagi, di ruang siber.
Saudara bergiat aktif dalam Kayvan selain daripada bergiat aktif dalam arena penulisan negara. Boleh tak, kalau saudara ceritakan serba sedikit mengenai Kayvan - matlamat, aktiviti dan kejayaan yang dicapai setakat ini?
Kavyan adalah Kumpulan Sasterawan Kavyan yang terbuka bagi mana-mana penulis kaum India di Malaysia walau dalam bahasa apa sekalipun mereka menulis. Senarai aktiviti dan kejayaan yang dicapai boleh dibaca di ruang siber.
Antara aktiviti yang wajar disebut adalah Bengkel Karyawan Muda yang diusahakan oleh saya bersama-sama Puan Raja Rajeswari Seetha Raman, Puan Retna Devi Balan dan Puan S.G. Prabhawathy.
Bagaimana saudara melihat perkembangan terbaru bidang penulisan negara?
Bidang penulisan karya sastera dan kreatif terus berkembang. Semakin ramai penulis baru. Namun, ramai yang muncul, ramai yang tenggelam, ramai yang timbul-tenggelam, ramai yang terus hilang.
Karya pula pelbagai: ada yang benar-benar sastera, ada yang terbukti picisan, ada yang mempunyai mutu bahasa yang teruk, ada yang berciri separa sastera. Dan macam-macam. Terbaru, saya sempat membaca sebuah majalah kecil bertajuk Nila yang memuatkan karya Bahasa
Saudara amat lantang dalam mempertahankan istilah "Bahasa
Saya lahir dan membesar bersama Bahasa
Kisah mengenai perjuangan saya menggunakan istilah “Bahasa
Apa yang lebih pelik, golongan yang marah-marah terhadap saya tidak berani menghubungi saya untuk meluahkan pandangan mereka. Alamat e-mel saya ada disertakan pada cerpen “Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta” yang tersiar tetapi tidak ada yang menghubungi saya secara terus.
Bagaimana saudara melihat masa depan penulis kaum India dalam arena penulisan negara ini, terutama dalam penghasilan karya-karya Bahasa
Peluang yang ada cukup cerah. Tapi saya tidak setuju penulis kaum
Sudah ada penulis kaum
Dari perpekstif saudara sebagai seorang sasterawan, apa pendapat saudara tentang perkembangan politik semasa?
Alahai! Bila saya teliti perkembangan semasa, terasa macam kisah yang diulang-ulang. Terasa seperti saya sudah pun menulis segala kejadian politik semasa dalam cerpen-cerpen saya sebelum ini. Sebab itulah juga cerpen saya yang ditulis tahun 1994 masih sesuai untuk dibaca tahun 2002. Misalnya, cerpen “Diwali @ Maru Malarchi” [DI SINI] yang tersiar Ogos 1998 masih sesuai kini. Ringkasnya: history repeats itself.
Apakah harapan dan matlamat saudara dalam bidang yang saudara ceburi serta apakah impian saudara sebagai seorang manusia?
Terus menulis karya Bahasa
Dari segi kerja, saya akan teruskan kerja sebagai pensyarah. Dan tentunya meneruskan perjuangan menggunakan istilah “Bahasa
Impian sebagai manusia, semoga dunia terus aman. Kerana saya juga kini sudah berkeluarga, risau juga saya memikirkan bagaimana hidup anak-cucu saya di dunia ini pada masa hadapan.
Sebagai rakyat
Saya masih kekal dengan konsep bahawa hanya khalayak yang tahu menggunakan otak akan membaca karya saya. Dan saya masih hanya memerlukan 10 pembaca berotak untuk membuatkan saya terus menulis. Pembaca yang berotak (baca: mampu berfikir) pasti dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan pendirian ini. Tapi ramai pula golongan yang kurang daya fikir sentiasa salah tafsir kata-kata itu dan mengatakan saya melabelkan khalayak sebagai orang bodoh. Eeee, bodoh benar orang macam tu!
Khalayak berhak memilih karya yang bermutu. Sebagaimana rakyat berhak memilih pemimpin yang bermutu. Sebagaimana khalayak berhak memilih filem yang bermutu, muzik yang bermutu, makanan bermutu, produk bermutu …
(Disiarkan dalam Risalah OnLine Arah Kiri, Isu No. 1, November 2002)
Tahniah en. Uthaya, saudara adalah penulis kaum India yang unggul memperjuangkan Bahasa Malaysia bertepatan dengan slogan 1 Malaysia. Teruskan usaha saudara jangan putus asa demi memertabatkan Bangsa Malaysia.
ReplyDelete