27 May 2010

Baca Cerpen Kavyan 2010

Acara: Baca Cerpen Kavyan 2010

Jenis: Pertandingan

Kategori: Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa

Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Pentas Aktiviti, Kompleks PKNS, Shah Alam

Tarikh tutup penyertaan: 20 Jun 2010

..

Sila baca, fahami dan patuh pada semua perkara di bawah jika berminat mengambil bahagian.

.

Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2010 adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Pesta Buku Selangor 2010.

.

Pertandingan dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2010 (Ahad), 9:00 pagi di Kompleks PKNS, Shah Alam. [RUJUK PETA]

.

Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2010 adalah kesinambungan acara Baca Cerpen Kavyan (2003) dan siri baca cerpen anjuran Kavyan sejak 2003.

.

Individu yang pernah menyertai Baca Cerpen Kavyan (2003) serta siri baca cerpen sejak 2003 dialu-alukan mengambil bahagian.

.

Penyertaan terbuka kepada peserta pelbagai kaum (bukan hanya Melayu-India-Cina) yang berminat.

.

Tiada had umur; asalkan peserta boleh membaca teks cerpen dengan lancar mengikut Kategori Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa.

.

Teks cerpen yang dipilih wajib karya Sasterawan Kavyan, iaitu penulis kaum India yang menghasilkan karya asli dalam Bahasa Malaysia.

.

Sila klik DI SINI untuk sedikit maklumat mengenai Sasterawan Kavyan; klik DI SINI untuk sinopsis beberapa cerpen; klik DI SINI untuk maklumat antologi cerpen Sasterawan Kavyan dan kilk DI SINI untuk ke pelbagai aktiviti Kavyan.

.

Karya Sasterawan Kavyan yang sudah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin atau bahasa-bahasa lain juga boleh dijadikan teks bacaan; sekiranya peserta fasih bahasa berkenaan.

.

Cerpen yang dipilih boleh jadi cerpen kanak-kanak, remaja atau dewasa; mengikut kategori umur peserta.

.

Peserta perlu memilih sendiri teks cerpen yang diminati dan memaklumkan kepada penganjur semasa mendaftar melalui e-mel.

.

Teks cerpen yang sudah dipilih lebih awal oleh seorang peserta tidak boleh dipilih peserta lain yang mendaftar kemudian.

.

Untuk mendaftar sebagai peserta, satu-satunya cara adalah mengirim maklumat (nama penuh peserta, nombor telefon bimbit, kategori, judul cerpen dan nama pengarang) ke infokavyan@yahoo.com.my iaitu alamat e-mel rasmi Kavyan; selewat-lewatnya pada 20 Jun 2010.

.

Setiap e-mel yang diterima pasti akan dijawab; manakala e-mel yang tidak diterima tentulah mustahil dapat dijawab.

.

Jumlah peserta adalah terhad dan pendaftaran berdasarkan konsep “yang dahulu, didahulukan”.

.

Peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir semasa acara pada 27 Jun 2010 akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti Kavyan sepanjang 2010.

.

Peserta tidak perlu menghafaz teks cerpen; sebaliknya perlu memegang teks semasa membaca.

.

Semasa membaca cerpen di pentas, peserta tidak boleh menggunakan teks yang difotokopi.

.

Teks cerpen tidak disediakan. Peserta wajib mendapatkan sendiri teks cerpen yang mahu dibaca.

.

Teks cerpen boleh diambil dari akhbar, majalah atau buku.

.

Setiap peserta diminta memilih satu cerpen sahaja.

.

Teks novel dan sajak tidak dibenarkan bagi tujuan acara ini.

.

Semasa pertandingan, peserta perlu membaca petikan cerpen selama 5-8 minit sahaja. Apabila pengacara majlis memberi isyarat untuk berhenti, sila berhenti segera. Jika tidak, markah akan dipotong.

.

Peserta perlu mampu membaca petikan cerpen dengan penuh gaya, intonasi, penghayatan dan menarik tumpuan khalayak supaya mendengar cerita yang disampaikan.

.

Peserta tidak dibenarkan membawa props sebagai alat bantu.

.

Penggunaan muzik iringan tidak dibenarkan.

.

Peserta yang sudah mendaftar perlu berada di tepi pentas utama Kompleks PKNS, Shah Alam selewat-lewatnya pukul 9:00 pagi pada 27 Jun 2010 untuk taklimat dan persiapan pertandingan.

.

Peserta wajib berada di tempat pertandingan sepanjang Baca Cerpen Kavyan berlangsung dan memberi tumpuan penuh pada pertandingan yang dijalankan.

.

Peserta perlulah memberi tumpuan semasa peserta lain sedang membaca teks; bukannya berbual-bual, sibuk dengan telefon bimbit atau perlakuan biadab lain.

.

Pengacara majlis berhak menegur secara terbuka mana-mana peserta yang berkelakuan biadab, tidak tahu adat, kurang ajar,mengganggu majlis dan tidak patuh pada syarat-syarat yang ditetapkan.

.

Jika mahu melawat gerai jualan buku, sila buat demikian selepas acara tamat; bukan semasa acara masih berlangsung.

.

Peserta yang “menghilangkan diri” sebelum atau selepas gilirannya membaca teks cerpen akan dianggap “tidak hadir” dan tidak layak menerima sijil penyertaan, cenderamata, hadiah dan sebarang sumbangan berkaitan pertandingan ini; serta tidak dibenarkan menyertai mana-mana acara anjuran Kavyan sepanjang 2010.

.

Setiap peserta yang layak (ulang: yang layak sahaja) akan diberi sijil penyertaan dan cenderamata.

.

Setiap peserta juga akan dinilai dari sudut gaya penyampaian, penghayatan cerita, intonasi dan persembahan untuk diberi hadiah misteri mengikut tiga kategori iaitu Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa.

.

Kategori Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) – hadiah misteri bagi tiga peserta terbaik.

.

Kategori Remaja (13 tahun – 19 tahun) – hadiah misteri bagi tiga peserta terbaik.

.

Kategori Dewasa (20 tahun dan ke atas) – hadiah misteri bagi tiga peserta terbaik.

.

Pembahagian kategori dibuat mengikut umur dan bukan mengikut bahasa yang digunakan oleh peserta.

.

Sila KLIK DI SINI untuk pecahan pemarkahan serta penjelasan lengkap mengenai aspek-aspek pemarkahan.

.

Pemarkahan dilakukan oleh panel yang ditetapkan oleh penganjur. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

.

Wakil Kavyan sedia memberi bimbingan membaca cerpen kepada peserta yang berminat, jika diperlukan.

.

Jadual terperinci acara akan dikirim kepada peserta melalui e-mel.

.

Peserta yang menyertai mana-mana aktiviti Kavyan diminta patuh pada Waktu Kavyan.

.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 (SMS tidak dibalas).

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!