19 May 2010

Bengkel Sehari Penulisan Cerpen

Bengkel Sehari Penulisan Cerpen dikendalikan sebagai lanjutan siri Bengkel Cerpen Kavyan yang dianjurkan Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak 1999.
.

Bengkel ini dijadualkan pada 21 November 2010 (Ahad), 9:00 pagi hingga 4:00 petang di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. [Peta DI SINI]

.

Bengkel ini anjuran Kavyan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

.

Bengkel ini terbuka kepada individu berumur minimum 15 tahun (lahir pada atau sebelum tahun 1995) dan tahu menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul secara lisan dan bertulis.

.

MAKLUMAN PENTING: Dalam apa keadaan sekali pun, penyertaan hanya dianggap sah apabila peserta sudah membuat bayaran. Sesiapa yang belum membuat bayaran tidak dianggap peserta bengkel dan Kavyan tidak bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang timbul bagi peserta yang belum membuat bayaran.

.

Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu atau tidak mahu menggunakan Bahasa Malaysia secara betul dinasihatkan tidak menyertai bengkel ini.

.

Pengalaman menulis tidak diperlukan tetapi perlu ada minat menulis dan minat membaca karya kreatif (sajak, cerpen, novel).

.

Individu yang hanya berminat menulis kisah cinta remaja dinasihatkan supaya tidak menyertai bengkel ini.

.

Peserta pelbagai kaum; bukan hanya Melayu-Cina-India.

.

Jumlah peserta hanya 5-10 orang menggunakan konsep ‘yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan’.

.

Sekiranya jumlah peserta yang membuat bayaran tidak sampai 5 orang, maka bengkel akan dibatalkan dan wang "pengeras" dipulangkan.

.

Tarikh akhir muktamad mengesahkan penyertaan dengan membuat bayaran: 14 November 2010. Sebarang penyertaan selepas itu tidak akan dilayan.

.

Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB.

.

Satu-satunya cara untuk mendaftar sebagai peserta adalah mengirim e-mel ke alamat infokavyan@yahoo.com.my dan sebarang bentuk pendaftaran lain (termasuk SMS dan Facebook) tidak dilayan.

.

Setiap e-mel yang diterima pasti akan dibalas sebagai pengesahan penerimaan. (E-mel yang tersalah alamat dan tidak diterima, tentulah tidak dapat dibalas.)

.

Peserta wajib mengikuti bengkel sepenuhnya (9:00 pagi hingga 4:00 petang). Permohonan untuk mengikuti “sebahagian” bengkel tidak dilayan.

.

Peserta dikenakan bayaran RM30.00 sebagai “pengeras”. Pendaftaran hanya sah selepas bayaran dibuat. Peserta yang mengesahkan bayaran tetapi belum membuat bayaran tidak dianggap sebagai peserta.

.

Peserta perlu memasukkan wang RM30.00 ke akaun Maybank atau CIMB. Nombor akaun akan diberikan kepada peserta yang mengesahkan penyertaan.

.

Jika peserta membuat bayaran tetapi kemudian menarik diri atau tidak hadir, "pengeras" tidak akan dipulangkan.

.

Peserta digalakkan membawa komputer riba untuk memudahkan proses berbengkel secara praktikal.

.

Modul bengkel meliputi pelbagai aspek penulisan cerpen, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) idea, ilmu bantu, bahasa, manuskrip, hak cipta, editor, khalayak, ciplak, unsur-unsur sastera, unsur-unsur cerpen dan menulis draf.

.

Kategori cerpen yang diberi perhatian adalah cerpen bagi bacaan kanak-kanak (7-12 tahun) dan remaja (13-19 tahun) sahaja. Cerpen bagi bacaan dewasa (20 tahun dan ke atas) tidak dimasukkan dalam modul ini. [Manakala peserta bengkel pula adalah individu berumur 15 tahun dan ke atas.]

.

Makan-minum tidak disediakan tetapi ada tempat untuk membeli makanan dan minuman. Peserta digalakkan membawa air mineral.

.

Peserta perlu membawa alat tulis dan digalakkan membawa kamus.

.

Peserta diingatkan supaya tidak membiarkan deringan telefon bimbit mengganggu perjalanan bengkel. Patuhi segara peraturan di perpustakaan.

.

Sila berpakaian kemas dan sopan. Bawa baju tebal bagi mengelak kesejukan.

.

Peserta perlu bersedia menerima kritikan daripada pembimbing dan peserta lain.

.

Pada akhir bengkel (4:00 petang), peserta diharapkan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya dua halaman manuskrip cerpen.

.

Sijil penyertaan hanya diberi kepada individu yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini dan terlibat secara aktif. Sijil “kehadiran” tidak disediakan kepada individu yang sekadar “hadir” tetapi tidak terlibat.

.

Selepas mengikuti Bengkel Sehari Penulisan Cerpen, peserta digalakkan mengirim manuskrip cerpen mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Manuskrip berkenaan akan dinilai dan, jika sesuai, akan disalurkan ke akhbar dan majalah; khususnya terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

.

Peserta digalakkan mengikuti perkembangan aktiviti Kavyan di blog manakala blog Uthaya Sankar SB boleh dilayari DI SINI.

..

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, kirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my atau hubungi Uthaya Sankar SB di 016-3288142 (SMS akan dibaca tetapi tidak akan dibalas). Peserta yang berminat akan diberikan nombor akaun bank (Maybank atau CIMB) untuk memudahkan urusan pembayaran.
.
Catatan: Sila KLIK DI SINI untuk maklumat Bengkel Cerpen Penulis Kaum India anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2011.