KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya menolak konsep Ketuanan Melayu dan menjelaskan ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan “tuan” dan “hamba” dalam masyarakat.
.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, “Tuan” hanya boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
.
“Kita lihat ‘Tuan’ adalah untuk kaum yang memiliki kuasa. Kalau Melayu itu ‘Tuan’, bagaimana dengan kaum Cina, India, Kadazan dan kaum-kaum yang lain?” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, semalam.
.
“Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, Raja-raja Melayu kita terima. Ini diputarbelitkan oleh UMNO dan media arus perdana. Saya harap jangan menipu seolah-olah kita golongan yang menolak Melayu,” katanya.
[Baca juga -- Tiada Tempat Untuk LGBT di Malaysia]
.
Ketua Pembangkang itu turut membidas sesetengah pihak terhadap pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak konsep Ketuanan Melayu, dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah PKR tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
[Baca juga -- Gov Allows Space for LGBT but ...]
.
“Saya berharap jika mereka mahu mempolitikkan isu ini, sama ada UMNO atau media arus perdana, itu hak mereka, tetapi saya berharap mereka tidak akan membohongi atau memutarbelitkan kebenaran seolah-olah menggambarkan bahawa kami ini kurang Melayu, hanya kerana menolak konsep Ketuanan Melayu.
[Baca juga -- Anwar Sparks FB Debate on LGBT Rights]
.
“Saya rasakan kenyataan mereka ini tidak tepat dan terlalu kasar,” katanya.
.
Berhubung kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai konsep itu, Anwar berkata, ia bukan sesuatu yang baru. [BACA DI SINI]
.
“Kami pernah menjelaskan sebelum ini pada Kongres PKR dan Agenda Ekonomi Malaysia, bagaimana kami menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya melindungi satu segmen masyarakat sementara kaum Melayu, Cina dan India yang miskin masih dipinggirkan,” katanya. -- (Sinar Harian, 2 Disember 2010)
Baca pandangan Anwar pada 2018 -- Sokong Agenda Melayu.
Baca pandangan Rafidah pada 2018 -- End to Race Supremacy.
Baca pandangan Syed Saddiq pada 2018 -- Ketuanan Melayu Sudah Berakhir.