Justeru, Pengurus Besar Iksep, Datuk Aziz Ujang berkata, Kementerian Pelajaran harus bertegas dalam isu tersebut dan tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu yang mahu penggunaan buku itu dalam pengajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima bermula tahun ini ditarik balik.
“Secara logik dan rasional, saya ingat budak-budak sekolah rendah pun boleh fikir, sudah lebih 40 tahun novel ini diterbitkan dan tidak ada masalah pun.
"Tiba-tiba hari ini segelintir pihak ini bangkitkan dan memperhangatkannya menjadi isu perkauman,” katanya kepada pemberita, di sini, pada 12 Januari 2011.
Keputusan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan novel itu dalam pengajaran di sekolah mencetuskan kontroversi pada kalangan pihak tertentu yang mendakwa kandungannya menghina kaum India di negara ini.
Aziz juga menolak dakwaan menghina kaum India itu kerana novel ditulis berdasarkan fakta sejarah yang harus diketahui generasi muda.
Katanya, pihak yang membantah itu seharusnya membaca dan menghayati kandungan novel tersebut kerana mesej sebenar yang disampaikan penulis ialah jalinan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Saya fikir dia tidak baca, memahami dan menghayati novel ini. Novel ini menceritakan fakta sejarah, perkara betul, takkan lah kita hendak nafikan perkara yang betul.
“Saya yakin penulis novel ini hendak menggambarkan bagaimana timbulnya semangat patriotik, jati diri di kalangan orang Cina, India dan Melayu supaya mereka bersatu dan bersama dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita,” katanya.
Beliau turut meluahkan kebimbangan campur tangan segelintir ‘orang politik’ untuk kepentingan peribadi akan menjejaskan keharmonian rakyat yang dinikmati selama ini. - Bernama
..
Sila KLIK DI SINI untuk kenyataan Perdana Menteri dan Kavyan.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul apabila mengemukakan komen. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat akan dilayan. Pencemaran bahasa diharamkan!