Monday, 21 October 2013

Penulis Tamil - Muniisvaran Kumar

Muniisvaran Kumar  lahir di Pelabuhan Klang, Selangor pada 1984. Beliau mula menulis sejak 2001 dan pada tahun sama memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen Tamil. Beliau mula menulis di akhbar tempatan pada 2002.  Sehingga kini, beliau  sudah menghasilkan sekitar 30 cerpen Bahasa Tamil. Beliau pernah memenangi tempat pertama pertandingan menulis cerpen anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM). Muniisvaran sedang menyiapkan tesis kedoktoran dalam bidang linguistik di India sambil berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. – Biodata ini dipaparkan sebagai sebahagian projek Antologi Cerpen Terjemahan Tamil. Baca juga: Biodata Sasterawan Kavyan.