31 Dec 2013

Biodata Murugan Alimuthu

Murugan Alimuthu dilahirkan di Langkawi, Kedah pada 5 Julai 1973. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (T) Ladang Sungai Raya, Langkawi, SM Mahsuri dan SM Bedong, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan perakaunan. 

Beliau berpengalaman sebagai penolong juru audit (1998-2001) serta menjadi akauntan bertauliah (2000) dan seterusnya akauntan percukaian (2004). Murugan diberikan lesen sebagai agen cukai (2007) dan juruaudit syarikat (2009) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. 


Beliau adalah pemilik rumah penerbitan M A Productions House Sdn Bhd yang menerbitkan filem Sughamaai Subbulakshmi (2018). Murugan juga diiktiraf sebagai Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (2017) dan merupakan penasihat Kelab Kesedaran.

Minat dan kesungguhan beliau terhadap kesusasteraan wujud sejak di bangku sekolah. Beliau juga mengikuti bengkel penulisan cerpen dan makalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 2012. Murugan turut menyumbangkan tenaga dan kepakaran sebagai Editor Bersekutu dalam penerbitan kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013) dan novel Hanuman: Suara Hati (2013). Baca juga: [Biodata Sasterawan Kavyan]