15 Jul 2018

Biodata Roshidayu Che Mat

Roshidayu Che Mat dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kamil dan SMV Tanah Merah sebelum meneruskan pengajian diploma di Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Kuantan. Roshidayu mula mengajar di SK Johan Setia sebelum berkahwin pada tahun 2003 dan menyambung pengajian TESL di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau turut mendapat diploma dan ijazah sarjana melalui Irfan Khairi Social Media University. Guru ini yang berpengalaman mengajar di beberapa sekolah, kini berkhidmat di SMK Seksyen 19, Shah Alam. Beliau sering menyertai program Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), termasuk Kita dan Karya.