VK Ezhilarasi Velautham menulis sejak bangku sekolah untuk
majalah sekolah. Karya pesara guru ini pernah tersiar di Dewan Budaya (April 2016). Ezhilarasi menyertai Sesi Penulisan Intensif I (Disember 2018) dan Sesi Penulisan Intensif II (Mac 2019) anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Karya beliau juga termuat dalam
antologi Busana Bahasa (2019) dan antologi Landasan Hidup (2020).
[Rujuk
biodata Sasterawan Kavyan di sini. Maklumat lebih menyeluruh
dalam buku Kavya Sastra.]
