2 May 2021

Biodata — Navaneethan Raja

Navaneethan a/l Raja berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau mendapat pendidikan di SMK Clifford, Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pengajian sarjana muda Pengajian Warisan (Kesusasteraan Melayu) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Navaneethan seorang usahawan muda yang menguruskan penternakan dan perniagaan ikan hiasan dan ikan air tawar. Beliau pernah terlibat dalam kerja-kerja penyuntingan buku Perak Mempersonakan (2019) terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Karya kreatif sulung pemuda ini termuat dalam antologi Meredah Kabus (2021) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lihat juga — [Biodata Sasterawan Kavyan]