20 Jun 2022

Harapan dan Reaksi Penyumbang Khanda Puranam

[sebelum buku terbit] “Saya harap buku Khanda Puranam (2022) akan memudahkan saya untuk memahami kisah-kisah menarik yang terkandung dalam purana tersebut kerana cara penceritaan semula Uthaya pasti mudah, ringkas, dan padat. Ia akan memudahkan para pembaca untuk menghayati Skanda Purana dengan lebih terperinci. Saya pasti Uthaya akan memilih unsur-unsur menarik yang dapat dijadikan pedoman hidup dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada pembaca. Saya sokong sepenuhnya projek ini.” — Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau menulis sajak, cerpen, dan esei sejak tahun 2016. Karya Anuradha termuat dalam antologi seperti Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Meredah Kabus (2021). Dapatkan biodata penuh beliau dalam antologi Lakaran Diri (2022).


[sebelum buku terbit] “Semoga buku Khanda Puranam (2022) mampu menambah pengetahuan saya dan para pembaca lain mengenai Dewa Murugan dan kisah mitos yang nampak benar dalam realiti hidup ini. Saya hendak mengetahui lebih lanjut kisah di sebalik Murugan. Lagi pun, Murugan adalah dewa yang saya gemari sejak kecil.” — M. Mahendran (Bentong, Pahang)

M. Mahendran mula menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil pada tahun 1987. Kumpulan cerpen beliau berjudul Karupaya (2018) dan Thalaivar (2021). Mahendran salah seorang pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada tahun 1999. Dapatkan biodata penuh beliau dalam antologi Lakaran Diri (2022).

[sebelum buku terbit] “Saya menyokong projek Khanda Puranam kerana masyarakat India, terutamanya generasi muda, harus ada kemahiran dalam Bahasa Malaysia untuk menjelaskan kepercayaan dan pendekatan keagamaan mereka kepada golongan seperti Melayu, Islam, dan Kristian pada masa kini dan akan datang. Buku-buku Uthaya berupaya memberikan idea, istilah yang sesuai, gaya bahasa, dan keyakinan kepada golongan tersebut untuk berbuat demikian dengan penuh keyakinan.” — A. Sukumaran @ Cikgu Suguz (Kota Kemuning, Selangor)

“Sejak sekian lama, saya menanti-nantikan penerbitan sebuah karya tentang dewa yang paling saya cintai iaitu Dewa Murugan. Impian itu telah menjadi kenyataan apabila saya menatap sebuah buku berkulit putih, licin, dan kemas serta berilustrasi vel emas berjudul Khanda Puranam pada 20 Julai 2022. Semoga buku yang amat bermakna ini akan memberikan satu pengertian dan pemahaman yang mendalam tentang Tuhanku Murugan yang bersebati dalam hidupku buat selama-lamanya.” — Suwedan a/l Sellappan (Kapar, Selangor)

Suwedan a/l Sellappan merupakan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini pesara selepas 40 tahun menjadi guru subjek Bahasa Malaysia.

“Buku yang menarik kerana memuatkan pelbagai kisah mengenai Dewa Murugan daripada teks Skanda Purana.” — Arun Balan (Segamat, Johor)

“Saya teruja dengan penampilan buku dan reka bentuk vel pada kulit depan.” — Sasitharan SG (Ayer Itam, Pulau Pinang)

“Ilustrasi vel dan tajuk Khanda Puranam sungguh memikat. Pasti akan menarik perhatian semua pembaca.” — M. Mahendran (Bentong, Pahang)

“Khanda Puranam, suatu pengembaraan untuk meneroka bersama purana Hindu.” Malini Lakshmi Bai (Cheras, Selangor)

“Karya Khanda Puranam diolah dengan teliti dan mudah difahami.” — Jayakumary Marimuthu (Batu Gajah, Perak)

“Saya percaya buku ini mampu mendedahkan dan membantu pembaca menyelami sumber tradisi.” — Sivapalan Selvadurai (Kajang, Selangor)

“Saya sangat teruja sebaik buku Khanda Puranam tiba. Terus koyak bungkusan ketika masih di pagar. Bagi saya, Uthaya seorang individu berprinsip dan berdisiplin dalam menyiapkan penerbitan buku-bukunya mengikut tempoh dijanjikan.” — Irene Tan Ai Ling (Kota Bharu, Kelantan)


“Reka kulit sangat unik.” — Tang Ah Chai (Segambut, Kuala Lumpur)

“Semoga buku ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Dewa Muruga.” — Devan Ramakrisnan (Kulai, Johor)

Finally arrived. Interesting to read.” — Nalina Devi a/p Applanaidu (Sungai Petani, Kedah)

“Saya sudah hampir habis membacanya. Memang seronok membaca kembali pelbagai peristiwa yang pernah saya tonton dalam wayang gambar pada usia muda dulu.” VK Ezhilarasi a/p Velautham (Cheras, Kuala Lumpur)

“Saya sudah habis baca Khanda Puranam. Berasa macam baca ancient tales atau Greek mythology (mitos Yunani). Dan saya boleh kaitkan dengan cerita-cerita Melayu penuh mistik dan magis seperti Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, cerita raja-raja serta unsur magis yang terkandung di dalamnya. Gaya penceritaan sama iaitu unsur magis dan mistik yang membuatkan orang macam saya sedikit terpinga-pinga. Betapa kuat pengaruh Hindu dalam cerita-cerita Melayu klasik! Feudalisme yang kuat. Sampai sekarang pun orang Melayu suka membaca majalah Mastika, bukan? Saya tak tahu sama ada sudah dihentikan atau tidak.” — Fadzilah Din (Batu Caves, Selangor)

“Muka surat dedikasi ini pun sudah cukup menarik minat saya untuk membaca lebih mendalam lagi. Saya percaya buku Khanda Puranam mampu memberi pandangan baharu kepada para pembaca.” — Thanesh Kumar Letchumanan (Balik Pulau, Pulau Pinang)

“Saya berasa gembira apabila melihat buku Khanda Puranam. Buku ini menceritakan tradisi Dewa Murugan seperti perang antara sura dan asura. Pada pandangan saya, semua anak muda beragama Hindu wajar membaca buku ini kerana mereka dapat mengetahui kisah purana dan tidak melupakan tradisi lama.” — Daniel Shankar (Rawang, Selangor)

“It is my good fortune and privilege to know this great soul. Uthaya is a prolific and talented writer. Khanda Puranam is his latest work, a retelling of the Skanda Purana (Fables of Lord Muruga), retold entirely in Bahasa Malaysia. Uthaya has been through a hard time lately, having lost his home partially in the recent Sri Muda floods (December 2021) and then shortly after, held under police detention (April 2022). He is a gentleman and an icon of Malaysian literature.” — Prof. Dr. Sargunan Sockalingam (University Malaya Medical Centre, Kuala Lumpur)

“I’m on page 76 of Khanda Puranam (2022) and I am not liking the Suras and Indra very much.” — Victor Low (Baba Low’s @ Bangsar, Kuala Lumpur)

Saya jarang membaca atau memberi tumpuan kepada buku-buku keagamaan, epik ataupun buku-buku mengenai dewa-dewi. Sebab utamanya saya berbuat demikian, buku-buku tersebut saya rasa susah untuk difahami dan saya akan lupa apa sebenarnya yang saya baca.

Sebaik saya dapat tahu bahawa saudara Uthaya dalam proses menulis buku Khanda Puranam, saya kagum terhadap beliau kerana bukannya mudah untuk buat kerja-kerja penceritaan semula purana Hindu. Tetapi, oleh kerana Uthaya tidak menceritakan semula keseluruhan teks asal, maka saya rasa ia adalah sesuatu yang lebih ringkas dan lebih mudah untuk difahami.

Saya ucapkan tahniah pada Uthaya kerana tampil menghasilkan buku Khanda Puranam dalam Bahasa Malaysia. Muka depan buku tersebut juga sungguh cantik dihiasi dengan gambar vel serta judul buku. — M. Mahesvaran @ Mad Sentul (Kapar, Selangor)

Saya terkejut apabila membaca Khanda Puranam (2022) dengan tajuk-tajuk yang “pelik” [contoh: Kisah 12] tetapi saya yakin Uthaya membuat kajian yang menyeluruh sebelum menulis buku ini. Pelbagai persoalan timbul dalam diri semasa menghayati versi penceritaan semula ini.

Namun, selepas membaca kandungan buku, saya dapat memahami purana ini dan saya dapati tidak banyak aspek yang berkaitan dengan Dewa Murugan. Huraian yang diberikan dalam pascakata menjelaskan aspek ini.

Buku ini boleh dijadikan titik permulaan untuk mendalami pelbagai karya klasik India dan saya kagum dengan usaha Uthaya menyampaikan teks-teks klasik secara terperinci melalui penulisan Bahasa Malaysia. Sememangnya, mudah difahami dan dihayati. — Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)